Penambahbaikan untuk program ini adalah utamanya pada tempoh tarikh yang diperlukan untuk merancang program, yang paling ideal ialah setahun tetapi 5 bulan juga adalah diterima. Selain itu, kita seharusnya mempunyai “backup plan” iaitu pelan tambahan sekiranya apa yang dirancang dihalang dengan sesuatu faktor. Sebagai contoh, jika penceramah yang kita ingini tidak mempunyai kelapangan masa, kita perlu ada penceramah lain sebagai pengganti. Ini hanya akan dapat dibuat jika kita rancang program lebih awal.
Selain itu, jika kita hendak membuat kolaborasi bersama kelab lain, kita seharusnya menetapkan terus tarikh yang kita perlukan untuk menerima jawapan daripada pihak mereka. Di dalam program ini, ada salah satu kelab yang kami kolaborasi memberi jawpan seminggu sebelum program bermula membuatkan program kami agak terganggu. Kami sudah menghubungi dua bulan awal tapi tiada kata putus dari mereka malah mereka asik bertanya tentang soalan yang sama. Mungkin ada keraguan dari pihak mereka. Tapi di pihak kami sepatutnya memberikan tarikh yang tepat dengan tegas suapaya kerja-kerja dapat berjalan dengan lancar.
Akhirnya, saya belajar yang jika kita hendak berjaya, kita seharusnya mengambil risiko. Kita harus keluar dari kepompong selesa kita dan cuba benda-benda yang baharu. Jangan lepaskan peluang keemasan sewaktu usia muda kita ini.