Activity Report Reflection 1

Latar Belakang

WhatsApp Image 2019-11-02 at 11.55.05 AM.jpeg 

Understanding Depression: “You Are Not Alone” merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Kelab Kaunseling dan Kerjaya (KKDK) yang merupakan sebuah kelab di bawah UTM JB berkolaborasi bersama Kelab Psychic dan Kelab PRS, KTR. Saya juga merupakan seorang dari ahli KKDK dan saya merupakan Timbalan Pengarah untuk program ini. Saya berbincang dengan Pengarah untuk menganjurkan sebuah program yang mendedahkan tentang kesihatan mental di mana kebanyakan orang sekarang tidak tahu tentang ini. Tambahan pula, ramai dari kalangan pelajar yang mengalami dipresi dan takut untuk menceritakan kepada orang lain. Akhirnya, ia memberi kemudaratan kepada diri sendiri. Oleh itu, kami menjemput saudara Aiman Amri atau lebih dikenali sebagai "Aiman Psychology" untuk memberikan perkongsian tentang pentingnya kita menagmbil tahu tentang kesihatan mental yang kian berlaku di sekeliling kita. Saudara Aiman merupakan aktivis yang giat memberikan kesedaran tentang kesihatan mental kepada masyarakat melalui media sosial dan beliau sangat terkenal. Selain itu, kami juga membuat beberapa aktiviti termasuk pembukaan “relaxation room” dan pembukaan booth hasil dari kolaborasi bersama Kelab Psychic dan Kelab PRS. Saya akan membentangkan lebih lanjut tentang program ini dengan 5R. Berikut merupakan 5R:

Details

1. Report

 

Pada 10 November 2019 jam 8.30 malam, program ini telah berjaya dijalankan sehingga jam 11 malam di Dewan Kolej Rahman Putra. Anggaran seramai 120 orang pelajar UTM turut serta mendengar perkongsian daripada saudara “Aiman Pschology” yang merupakan agenda utama program kami. Sebelum program ini bermula, ramai peserta yang melawat ke booth yang disediakan oleh Kelab Psychic dan Kelab PRS tentang kesihatan mental. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang memasuki “relaxation room” yang kami sediakan. Saya rasa ia adalah kerana kedudukan “relaxation room” yang berada di kedudukan yang jauh dari dewan dan promosi untuk bilik ini adalah kurang. “Relaxation room” merupakan bilik yang dibuat untuk memberikan ketenangan kepada orang yang memasukinya. Bilik ini dihias dengan suasana yang menenangkan jiwa seperti dipasang lagu-lagu harmoni, bilik yang separa gelap, dipenuhi dengan aroma wangian dan disediakan tempat tempat duduk yang selesa seperti sofa dan karpet yang lembut. Harga yang kami kenakan adalah RM3 untuk 15 minit seorang.

Alhamdulillah, tiada masalah yang besar berlaku sepanjang program ini tetapi macam-macam masalah yang kami tempuhi sebelum menjayakan program ini. Kesalahan yang kami lakukan ketika program adalah terdapat lebih 20 kerusi yang kosong disebabkan ketamakan kami. Sepatutnya dewan itu hanya boleh dipenuhi oleh 80 orang tetapi disebabkan permintaan ramai, kami tambah lebih kerusi untuk diduduki dan membuka orang untuk walk-in bayar. Ia menyebabkan tidak ramai yang daftar dan bayar terus dan ini membuatkan kerugian dan pembaziran tenaga. Masalah besar yang berlaku sebelum program pula adalah pada mulanya, kami ingin menjayakan program ini pada waktu tengahari hingga petang, tetapi disebabkan penceramah sudah ada jadual yang padat dan tidak boleh penuhi permintaan kami walaupun kami sudah tanya 3 bulan awal. Selain itu, kami juga ingin menganjurkan program ini lebih awal daripada 10 November tetapi disebabkan penceramah hanya ada masa kosong untuk 10 November sahaja memaksa kami untuk membuat keputusan mengubah program ke malam. Selain dari tarikh, dana juga menjadi permasalahan kami kerana kami perlu membayar pengangkutan dan penginapan untuk penceramah setibanya di UTM. Kami hampir sahaja berputus asa untuk menjalankan program ini disebabkan permasalahan-permasalahan ini tetapi sedikit demi sedikit urusan kami dipermudahkan akhirnya kami dapat kekuatan untuk jalankan program ini.

Details

2. Responding

Semasa Pengarah menghubungi saya untuk meminta saya menjadi timbalannya, saya berasa agak ragu-ragu untuk menerima permintaanya disebabkan saya juga telah menyertai beberapa program untuk semester yang sama. Saya takut saya tidak boleh mengimbangi masa saya dengan program dan akademik. Setelah sejenak berfikir, saya rasa yang ini adalah satu-satunya peluang keemasan untuk saya memegang jawatan tinggi di dalam sesuatu program. Program-program sebelum ini saya hanya pernah menjadi AJK biasa. Oleh itu, saya telah bersetuju untuk menjadi timbalannya.

Semasa sedang membuat persiapan untuk program ini, saya dan pengarah sangat stress disebabkan banyak masalah yang berlaku terutamanya perkara yang paling penting iaitu tarikh. Ia disebabkan oleh penceramah yang tidak boleh memberikan kata putus lebih awal membuatkan kami perlu menunggu agak lama dan kerja-kerja hebahan dan penetapan tempat juga tergendala. Tambahan pula, kami ketika itu mengalami masalah komunikasi sedikit dengan kelab-kelab yang kami kolaborasi. Hasil daripada pertolongan Majlis Tertinggi KKDK dan beebrapa individu membuatkan kami terus kuat untuk menjayakan program ini. Saya belajar yang tiada jalan mudah untuk mencapai sesuatu yang kita impikan. Jika kita hendak melakukan kebaikan, pasti akan ada pertolongan dari Allah dalam bentuk yang kita tidak jangka seperti kekuatan mental dan lain lain.

Setibanya hari program, saya berasa agak gugup kerana saya harus menyantuni saudara Aiman disebabkan beliau datang lebih awal. Oleh itu, saya bawa beliau ke booth yang disediakan seterusnya ke bilik “relaxation room”. Saya berasa amat gembira atas reaksinya yang mengujakan melihat bilik terbabit. Beliau memberitahu bahawa kami satu-satunya program yang beliau dijemput yang pernah membuat bilik sebegini. Kami menempatkan beliau di bilik itu sehingga tiba waktu untuk beliau memberikan perkongsian. Program semuanya berjalan dengan lancar membuatkan saya rasa puas dengan kerja-kerja yang saya lakukan sebelum dan sepanjang program.

Details

3. Relating

 

Program ini amat bermakna di dalam hidup saya kerana ia memberikan pengajaran kepada saya yang tidak ternilai. Berbanding dengan program-program lain yang saya sertai di UTM, saya hanya menjadi AJK atau hanya menjadi fasilitator untuk sesuatu program. Ketika menjadi AJK biasa, kita tidak dapat merasakan tekanan semasa menjayakan sesuatu program kerana semua masalah pengurusan kebanyakannya akan dilalui oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah. Tugas yang perlu AJK buat ialah focus betul betul terhadap skop kerja yang telah diberikan sahaja untuk memudahkan tugas Pengarah dan memudahkan melancarkan program. Berlainan dengan Pengarah dan Timbalan Pengarah, kita perlu pastikan semuanya berjalan dengan lancar. Ia adalah tugas yang sangat sukar kerana kita berhadapan dengan manusia dan manusia ini banyak karenahnya. Akan ada sahaja AJK yang tidak buat kerja dan kita harus terus memberikan peringatan supaya semuanya berjalan dengan lancar. Selain itu, tugasan paling berat yang badan tetinggi akan hadapi ialah “decision making”. Sebagai contoh, jika timbul sesuatu masalah, maka ia menjadi tugas badan tertinggi untuk mencari dan memilih solusi yang terbaik untuk hadapi masalah itu.

Kali terakhir saya berpeluang merasai tanggungjawab yang besar sebagai badan tertinggi ialah ketika sekolah menengah di mana saya berpeluang menjadi salah seorang daripada Majlis Tertinggi iaitu Biro Kerohanian. Dari situ, saya banyak kali diberikan tugasan untuk menjayakan sesuatu program seperti sambutan Maulidur Rasul, ceramah ceramah dan lain lain. Tetapi, ia berlainan dengan program kali ini, di sekolah menengah kita bekerja dengan orang-orang yang kita kenal manakala di universiti kita berkerja dengan orang yang kita tidak berapa kenal. Ini mengajar soft skill untuk kita pandai berurusan dengan orang lain. Selain itu, di sekolah kita banyak di bantu oleh cikgu cikgu tetapi di universiti, kita hanya perlu membuat sendiri lagi-lagi dari segi dana. Ini melatih kita untuk menjadi sesorang yang kreatif dan boleh mengatasi pelbagai masalah yang mendatang.

Details

4. Reasoning

Melalui program ini, saya belajar bahawa kita sepatutnya rancang program lebih awal supaya apa-apa masalah yang menimpa, kita dapat atasi dengan tenang kerana kita mempunyai banyak masa lagi. 3 bulan tidak cukup, kita sepatutnya rancang tentang perkara-perkara yang penting di dalam program seperti mencari penceramah sekurang-kurangnya setahun sebelum program berjalan. Ia adalah supaya kerja-kerja hebahan boleh bermula dengan awal dan segala yang dirancang dapat dilakukan.

Selain itu, saya belajar bahawa kerjasama itu sangat penting di dalam satu program. Pasti akan ada kerja-kerja yang sesuatu Ajk perlu buat, memerlukan lebih tenaga kerja malah kadang-kadang akan ada kerja yang berlebihan. Oleh itu, majlis tertinggi perlu mengambil tindakan proaktif dengan mengajak ahli-ahli dari Ajk lain yang mempunyai masa lapang untuk turut serta bantu Ajk tersebut. Ia adalah supaya dapat meringankan beban sesuatu AJK tersebut malah dapat melancarkan program tersebut dengan jayanya. Sebagai contoh, 2 hari sebelum kejadian, Ajk penempatan harus keluarkan kerusi daripada lori yang dibawa dari HEP dan susun di Dewan Kolej Rahman Putra. Oleh itu, saya telah mengarahkan lelaki dari Ajk lain untuk turut serta bantu keluarkan kerusi daripada lori dan bawa masuk ke dalam. Untuk perempuan pula, saya mengarahkan untuk bersama susun kerusi di dalam. Kita sepatutnya di dalam satu pasukan, tidak hanya pentingkan kerja sendiri tetapi menganbil tahu kerja orang lain mana tahu ada yang perlu di tolong supaya sama-sama menjayakan sesuatu program itu.

Details

5. Reconstruction

Penambahbaikan untuk program ini adalah utamanya pada tempoh tarikh yang diperlukan untuk merancang program, yang paling ideal ialah setahun tetapi 5 bulan juga adalah diterima. Selain itu, kita seharusnya mempunyai “backup plan” iaitu pelan tambahan sekiranya apa yang dirancang dihalang dengan sesuatu faktor. Sebagai contoh, jika penceramah yang kita ingini tidak mempunyai kelapangan masa, kita perlu ada penceramah lain sebagai pengganti. Ini hanya akan dapat dibuat jika kita rancang program lebih awal.

Selain itu, jika kita hendak membuat kolaborasi bersama kelab lain, kita seharusnya menetapkan terus tarikh yang kita perlukan untuk menerima jawapan daripada pihak mereka. Di dalam program ini, ada salah satu kelab yang kami kolaborasi memberi jawpan seminggu sebelum program bermula membuatkan program kami agak terganggu. Kami sudah menghubungi dua bulan awal tapi tiada kata putus dari mereka malah mereka asik bertanya tentang soalan yang sama. Mungkin ada keraguan dari pihak mereka. Tapi di pihak kami sepatutnya memberikan tarikh yang tepat dengan tegas suapaya kerja-kerja dapat berjalan dengan lancar.

Akhirnya, saya belajar yang jika kita hendak berjaya, kita seharusnya mengambil risiko. Kita harus keluar dari kepompong selesa kita dan cuba benda-benda yang baharu. Jangan lepaskan peluang keemasan sewaktu usia muda kita ini.

Details

Kesimpulan

Pada pandangan saya, pengalaman mengendalikan program adalah sangat perlu untuk setiap pelajar alami. Ia adalah kerana permasalahan yang berlaku spanjang menjayakan program akan sedikit sebanyak dapat kita tempuhi dan kita belajar cara untuk kita atasi. Ia bukan sahaja tindakan apa yang perlu kita buat tetapi car akita mengawal emosi dan mental kita semasa menghadapi masalah itu. Kita mungkin hanya boleh dapat pengajaran dengan setakat mendengar pengalaman orang lain, tapi percayalah ia adalah sesuatu tindakan yang tidak efektif. Kita seharusnya merasai sendiri cara mengendalikan program kerana elemen mental yang kita hadapi sewaktu program adalah pengalaman yang sangat berharga. Tekanan dan permasalahan yang berlaku akan menjadikan kita kuat untuk teruskan apa yang kita imipakan untuk masa hadapan. Selain itu, kita dapat mengetahui sejauh mana kemampuan fizikal dan mental kita sewaktu menghadapai kesulitan.

Selain dari pengalaman, dapat berkenalan dengan pelbagai jenis orang juga merupakan elemen yang berharga dari sesuatu program. Pengenalan ini dapat membina lebih besar jurang komunikasi kita dan memudahkan kita untuk masa hadapan. Selain itu, kita  akan dapat belajar tentang cara-cara untuk berkomunikasi dengan cara efektif terhadap lain-lain jenis orang. Mungkin ada individu yang diam sahaja semasa perbincangan tetapi kerja yang dia buat siap awal dan berkualiti. Mungkin ada individu yang selalu memberikan idea sewaktu perbincangan tetapi satu pun dia tidak buat kerja yang perlu di buat. Orang macam ini, kita seharusnya memberi lebih perhatian dengan selalu menanyakan progres dan mungkin ada permasalahan yang dia tempuhi membuatkan dia gagal menjalankan tugas yang diberikan. Akhirnya, dengan menyertai organisasu pelbagai jenis program di universiti dapat membantu sesorang pelajar untuk bersedia dengan masa hadapan kelak lagi-lagi sewaktu kita sudah mula bekerja. 

Details

Gambar Kenangan

IMG_1345.JPG.jpg.1

Gambar ini diambil setelah berakhirnya program. Semua peserta dan Ajk diminta untuk kumpul di hadapan dan ambil gambar bersama penceramah (Aiman).

IMG-9731.jpg.4.jpg.1

Dari kiri: saya, saudara Aiman, syarifah (alumni kkdk dijemput), Lutfia (Pengarah) Gambar ini diambil selepas pencermah keluar dari dewan dan kami membawanya menikmati sedikit juadah. Kami hanya hidangkan sedikit kuih dan kopi kerana penceramah mengatakan bahawa dia sudah kenyang dan hanya mahu kudapan.

 

IMG_1368.JPG.jpg.1

Ini adalah gambar semua Ajk dari KKDK yang tutut serta bersama-sama menjayakan program ini. KKDK merupakan kelab yang banyak mengajar saya dalam menjayakan sesuatu program kerana saya telah sertai lebih 6 program bersama.

 

IMG_1382.JPGIMG_1379.JPG

Kelab PRS (kiri) dan Kelab Psychic (kanan) yang bersama-sama menjayakan program ini. Kelab PRS membantu dalam pembukaan booth manakala Kelab Psychic membantu dalam pembuatan “relaxation room”.

 

WhatsApp Image 2019-11-06 at 9.45.58 PM.jpeg

Ini merupakan “relaxation room” yang berjaya kami buat. Kebanyakan barang diambil dari Pusat Kaunseling UTM.

Details