Melalui program ini, saya belajar bahawa kita sepatutnya rancang program lebih awal supaya apa-apa masalah yang menimpa, kita dapat atasi dengan tenang kerana kita mempunyai banyak masa lagi. 3 bulan tidak cukup, kita sepatutnya rancang tentang perkara-perkara yang penting di dalam program seperti mencari penceramah sekurang-kurangnya setahun sebelum program berjalan. Ia adalah supaya kerja-kerja hebahan boleh bermula dengan awal dan segala yang dirancang dapat dilakukan.
Selain itu, saya belajar bahawa kerjasama itu sangat penting di dalam satu program. Pasti akan ada kerja-kerja yang sesuatu Ajk perlu buat, memerlukan lebih tenaga kerja malah kadang-kadang akan ada kerja yang berlebihan. Oleh itu, majlis tertinggi perlu mengambil tindakan proaktif dengan mengajak ahli-ahli dari Ajk lain yang mempunyai masa lapang untuk turut serta bantu Ajk tersebut. Ia adalah supaya dapat meringankan beban sesuatu AJK tersebut malah dapat melancarkan program tersebut dengan jayanya. Sebagai contoh, 2 hari sebelum kejadian, Ajk penempatan harus keluarkan kerusi daripada lori yang dibawa dari HEP dan susun di Dewan Kolej Rahman Putra. Oleh itu, saya telah mengarahkan lelaki dari Ajk lain untuk turut serta bantu keluarkan kerusi daripada lori dan bawa masuk ke dalam. Untuk perempuan pula, saya mengarahkan untuk bersama susun kerusi di dalam. Kita sepatutnya di dalam satu pasukan, tidak hanya pentingkan kerja sendiri tetapi menganbil tahu kerja orang lain mana tahu ada yang perlu di tolong supaya sama-sama menjayakan sesuatu program itu.