3. Relating

 

Program ini amat bermakna di dalam hidup saya kerana ia memberikan pengajaran kepada saya yang tidak ternilai. Berbanding dengan program-program lain yang saya sertai di UTM, saya hanya menjadi AJK atau hanya menjadi fasilitator untuk sesuatu program. Ketika menjadi AJK biasa, kita tidak dapat merasakan tekanan semasa menjayakan sesuatu program kerana semua masalah pengurusan kebanyakannya akan dilalui oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah. Tugas yang perlu AJK buat ialah focus betul betul terhadap skop kerja yang telah diberikan sahaja untuk memudahkan tugas Pengarah dan memudahkan melancarkan program. Berlainan dengan Pengarah dan Timbalan Pengarah, kita perlu pastikan semuanya berjalan dengan lancar. Ia adalah tugas yang sangat sukar kerana kita berhadapan dengan manusia dan manusia ini banyak karenahnya. Akan ada sahaja AJK yang tidak buat kerja dan kita harus terus memberikan peringatan supaya semuanya berjalan dengan lancar. Selain itu, tugasan paling berat yang badan tetinggi akan hadapi ialah “decision making”. Sebagai contoh, jika timbul sesuatu masalah, maka ia menjadi tugas badan tertinggi untuk mencari dan memilih solusi yang terbaik untuk hadapi masalah itu.

Kali terakhir saya berpeluang merasai tanggungjawab yang besar sebagai badan tertinggi ialah ketika sekolah menengah di mana saya berpeluang menjadi salah seorang daripada Majlis Tertinggi iaitu Biro Kerohanian. Dari situ, saya banyak kali diberikan tugasan untuk menjayakan sesuatu program seperti sambutan Maulidur Rasul, ceramah ceramah dan lain lain. Tetapi, ia berlainan dengan program kali ini, di sekolah menengah kita bekerja dengan orang-orang yang kita kenal manakala di universiti kita berkerja dengan orang yang kita tidak berapa kenal. Ini mengajar soft skill untuk kita pandai berurusan dengan orang lain. Selain itu, di sekolah kita banyak di bantu oleh cikgu cikgu tetapi di universiti, kita hanya perlu membuat sendiri lagi-lagi dari segi dana. Ini melatih kita untuk menjadi sesorang yang kreatif dan boleh mengatasi pelbagai masalah yang mendatang.