Semasa Pengarah menghubungi saya untuk meminta saya menjadi timbalannya, saya berasa agak ragu-ragu untuk menerima permintaanya disebabkan saya juga telah menyertai beberapa program untuk semester yang sama. Saya takut saya tidak boleh mengimbangi masa saya dengan program dan akademik. Setelah sejenak berfikir, saya rasa yang ini adalah satu-satunya peluang keemasan untuk saya memegang jawatan tinggi di dalam sesuatu program. Program-program sebelum ini saya hanya pernah menjadi AJK biasa. Oleh itu, saya telah bersetuju untuk menjadi timbalannya.
Semasa sedang membuat persiapan untuk program ini, saya dan pengarah sangat stress disebabkan banyak masalah yang berlaku terutamanya perkara yang paling penting iaitu tarikh. Ia disebabkan oleh penceramah yang tidak boleh memberikan kata putus lebih awal membuatkan kami perlu menunggu agak lama dan kerja-kerja hebahan dan penetapan tempat juga tergendala. Tambahan pula, kami ketika itu mengalami masalah komunikasi sedikit dengan kelab-kelab yang kami kolaborasi. Hasil daripada pertolongan Majlis Tertinggi KKDK dan beebrapa individu membuatkan kami terus kuat untuk menjayakan program ini. Saya belajar yang tiada jalan mudah untuk mencapai sesuatu yang kita impikan. Jika kita hendak melakukan kebaikan, pasti akan ada pertolongan dari Allah dalam bentuk yang kita tidak jangka seperti kekuatan mental dan lain lain.
Setibanya hari program, saya berasa agak gugup kerana saya harus menyantuni saudara Aiman disebabkan beliau datang lebih awal. Oleh itu, saya bawa beliau ke booth yang disediakan seterusnya ke bilik “relaxation room”. Saya berasa amat gembira atas reaksinya yang mengujakan melihat bilik terbabit. Beliau memberitahu bahawa kami satu-satunya program yang beliau dijemput yang pernah membuat bilik sebegini. Kami menempatkan beliau di bilik itu sehingga tiba waktu untuk beliau memberikan perkongsian. Program semuanya berjalan dengan lancar membuatkan saya rasa puas dengan kerja-kerja yang saya lakukan sebelum dan sepanjang program.