Pada 10 November 2019 jam 8.30 malam, program ini telah berjaya dijalankan sehingga jam 11 malam di Dewan Kolej Rahman Putra. Anggaran seramai 120 orang pelajar UTM turut serta mendengar perkongsian daripada saudara “Aiman Pschology” yang merupakan agenda utama program kami. Sebelum program ini bermula, ramai peserta yang melawat ke booth yang disediakan oleh Kelab Psychic dan Kelab PRS tentang kesihatan mental. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang memasuki “relaxation room” yang kami sediakan. Saya rasa ia adalah kerana kedudukan “relaxation room” yang berada di kedudukan yang jauh dari dewan dan promosi untuk bilik ini adalah kurang. “Relaxation room” merupakan bilik yang dibuat untuk memberikan ketenangan kepada orang yang memasukinya. Bilik ini dihias dengan suasana yang menenangkan jiwa seperti dipasang lagu-lagu harmoni, bilik yang separa gelap, dipenuhi dengan aroma wangian dan disediakan tempat tempat duduk yang selesa seperti sofa dan karpet yang lembut. Harga yang kami kenakan adalah RM3 untuk 15 minit seorang.
Alhamdulillah, tiada masalah yang besar berlaku sepanjang program ini tetapi macam-macam masalah yang kami tempuhi sebelum menjayakan program ini. Kesalahan yang kami lakukan ketika program adalah terdapat lebih 20 kerusi yang kosong disebabkan ketamakan kami. Sepatutnya dewan itu hanya boleh dipenuhi oleh 80 orang tetapi disebabkan permintaan ramai, kami tambah lebih kerusi untuk diduduki dan membuka orang untuk walk-in bayar. Ia menyebabkan tidak ramai yang daftar dan bayar terus dan ini membuatkan kerugian dan pembaziran tenaga. Masalah besar yang berlaku sebelum program pula adalah pada mulanya, kami ingin menjayakan program ini pada waktu tengahari hingga petang, tetapi disebabkan penceramah sudah ada jadual yang padat dan tidak boleh penuhi permintaan kami walaupun kami sudah tanya 3 bulan awal. Selain itu, kami juga ingin menganjurkan program ini lebih awal daripada 10 November tetapi disebabkan penceramah hanya ada masa kosong untuk 10 November sahaja memaksa kami untuk membuat keputusan mengubah program ke malam. Selain dari tarikh, dana juga menjadi permasalahan kami kerana kami perlu membayar pengangkutan dan penginapan untuk penceramah setibanya di UTM. Kami hampir sahaja berputus asa untuk menjalankan program ini disebabkan permasalahan-permasalahan ini tetapi sedikit demi sedikit urusan kami dipermudahkan akhirnya kami dapat kekuatan untuk jalankan program ini.