Reflection
assalamualaikum..alhmdulillah dh nk dekat habis dh sem 2 ni..mgu depan dh study week...mgu lps tu da start final...fuhh..takot seyh..masih sgt2 tak bersedia..ngan carry mark yg agak x ok...Allah....
mgu ni sgt hectic..
assalamualaikum...
da lama x bukak e-portfolio ni...pyh nk masuk..system ad pblm...da msk xtaw nk bercerita pasai apa...
ok first nk cite sal sem 2 ni...
kena wat blog lagi..spt yg tertera di tajuk..hehehe...kali ni kena wat utk subjek WEB PROGRAMMING..tp blog ni lebih santai ckt...cite sal diri sendiri..family...ringan la ckt pale tu nk pk... nk tgk mcm mane rupa blog baru tu...ni la link dia
link pun semangat benaw web tu..hahaha...view la ye...dah tu jangan lupa follow n komen2 ckt...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
next sal MyGMJ
MyGMJ tu Malaysia Global March to Jerusalem... ni pgrm peringkat dunia... di Malaysia diuruskan pihak Aqsa Syarif.. nati pada 30 March 2012 sume org dr utara, selatan, timur, barat akan berkumpul beramai2 di Satdium Melawati... utk Malaysia la... bagi negara2 yg ada Kedutaan Israel...org ramai akan berarak ke Kedutaan Israel tersebut... dan kemuncaknya..wakil2 dr semua negara akan berkumpul di Jordan dan akan memasuki Palestin melalui Jordan... moga usaha kami ini mendapat keberkatan Allah dan Allah membantu kita semua untuk membebaskan Palestin dr jajahan Israel...insyaAllah
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
next... midsem..
fuhhh,cepat betl masa berlalu...da nk midsem...ase mcm cepat bebnor sem ni..nk start pgrm utk cari duit utk GOP pun x start lg.. insyaAllah lps cuti midsem kami da blh start bergerak dgn pgrm2 yg telah ditetapkan..doakan moga kami dapat mengumpulkan duit sebanyak mungkin utk pergi ke tempat yg kami dah target...
doakan juga utk midsem ye...agar dapat result gempak ckt dr sem lepas....
Assalamualaikum..
fuh nmpk gayanya dh nk dekt final rupanya...ari ni da start study week da. sebelum tu nk cite ckt..
ptg semalam ada presentation blog msg2.. mcm2 jenis blog ada... nati jenguk2 ye ke http://adieleisya.blogspot.com/ ... kt situ sume ad link utk semua blog kwn2 database...
nati sume dh bole tgk markah masing (test,projek,asgmnt,quiz) utk subjek programming,TIS,digital logic... subjek2 lain x confirm blh tgk x..
pagi td plak ad presentation Digital Logic sal mini projek... alhmdulillah sume ok...lega kot... mini projek tu kami kena wat programming utk mesin fotostat...
ni plak senarai tarikh,subjk,tmpt & masa utk exam...all d best a kwn2...
5/1/12-ENGLISH... DSI... 9-11
6/1/12- ETHNIC... KTC... 9-11
8/1/12-DISCRETE... KTHO... 9-12
9/1/12- TIS... N24 DK7... 9-12
10/1/12- DIGITAL... KRP... 2.30-5.30
13/1/12- PT.... N28,BK2... 9-12
man jadda wa jadaa..segala apa yang kita usahakan akan dikembalikan kepada kita... sebanyak mana kita usaha sebanyak itulah yang kita dapat.. jom kita berusaha beramai2...lg 1 betulkn niat kita ... Lillahhi Taala..belajar pun jihad (*peringatan utk diri sendiri)... org yg belajar ni lau meninggal ley dikira syahid taw... tp niat tu perlu betul la..
nati da nk blk...yay!!! 13hb da abis exam tp xtaw lg nk blk klate dlu @ p kl dlu.. mgkn p kl dlu.teman mek kt cna..sian dia sorang duk jaga cucu..xpe la..kami pun antara yg terawal habis exam..hehehe..at least dpt jaga naufal...best w0o00... hehehe
Alhamdulillah last week, on 14th December, all students of section 01 and 02 which is BIOINFORMATIK and DATABASE students had finished our HBS presentation.
Members in my group are Shakila,Fatin Zulaikha, Nadia, Hidayah, Nor Fatin, Fairuz and of course , I. During the session, every group was given one question each and we need to elaborate it. We're given 30 minutes to discuss before present it..
The Question that we got is:
What innovations can be introduce in improving mobile phone industries in term of communities uses and work?
The Answer from us are:
1. GPS - no need to type anymore, just said it to the device. So, it will not make us give less concentration during driving.
2. Make mobile phone as credit card. - No need to use wallet anymore.
3. Use fingerprint to unloce the phone.
4. Charege using solar energy. Less us eof electricity as we are leading to reduce the usae of electric.
5. Install auto-cad in mobile phone. Ease engineer to do their work.
6. Use phone as a projector.
oleh Dato' Hj Muhammad Bin Zakaria ( hjmohdz@telagabiru.net.my )
Anda Sering Tidak Bermaya
Sebagai seorang pelajar anda sering berasa letih, lesu, lemah dan tidak bermaya. Kalaulah disorongkan bantal kepada anda, alangkah enaknya. Anda juga sering mengantuk, terangguk-angguk, sebaik sahaja memulakan membaca terutamanya membaca buku pelajaran yang susah-susah.
Dalam kelas, kelopak mata anda akan mula tertutup perlahan-lahan apabila kuliah mula menjadi monotoni dan berpanjangan. Malah ada ketikanya anda juga sering tertidur waktu kuliah.
Kalau anda seorang eksekutif di pejabat, anda sering tersengguk-sengguk di meja kerja.
Anda juga sering tertidur waktu berdiskusi dengan pelanggan. Apa lagi ketika menonton TV, membaca akhbar, di dalam bas atau pesawat (kecuali anda memang merancang untuk berehat dalam perjalanan yang jauh).
Bagaimana pula kecergasan anda ketika berada di dalam sebuah kereta yang dipandu oleh sahabat anda? Adalah amat tidak munasabah jika anda tertidur dalam keadaan sahabat anda itu bersusah payah memandu.
Jika anda sendiri yang memandu dan anda tertidur selama tiga saat, anda mengundang maut bukan sahaja kepada diri anda malah kepada penumpang, keluarga tercinta atau sahabat yang bersama anda. Malah boleh melibatkan pengguna jalan raya yang lain.
Jadi Bagaimana Mengatasi Kelesuan?
1. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Berapa jam? Lima jam semalam sudah memadai dari jam 12.30 tengah malam hingga 5.30 pagi. Tetapi anda sering tidur hingga lapan jam sehari. Ini bermakna anda kerugian tiga jam sehari (1/8 hari). Jika anda berusia 24 tahun ini bermakna anda telah kerugian masa emas selama tiga tahun!
2. Jika anda terlalu letih dan memerlukan penumpuan pada sebelah petang, tidurlah 30 hingga 45 minit sebelum waktu zuhur. Tidur sebentar sebelum waktu zuhur ini dinamakan tidur qailulah. Tidur qailulah ialah sunah Rasulullah s.a.w. dengan syarat berniat untuk bangun pada malam hari nanti untuk qiamullail. Satu jam tidur qailulah menyamai tiga jam tidur pada waktu malam. Tidur qailulah ini elok diamalkan pada hari cuti. Pada masa hari kerja mungkin agak sulit kecuali anda bekerja sendiri. Itu pun jangan sekali-kali tidur qailulah anda meleret hingga dua tiga jam.
3. Bila anda belajar atau bekerja, anda mesti bersedia untuk melakukan dua kerja:
- a) Kerja utama.
- b) Kerja sokongan yang aktif.
Sebaik sahaja anda berasa lesu atau mula mengantuk, terus lakukan kerja sokongan. Contoh kerja sokongan:
- a) Mencari rujukan.
- b) Menyusun fail, data atau susun letak meja anda.
- c) Bangun dan berkomunikasi sebentar dengan kawan atau rakan sejawat.
- d) Mencari bahan dari internet.
4. Lakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan seperti:
- a) Melakukan kerja sambil berdiri atau berjalan perlahan-lahan.
- b) Melihat pemandangan hijau yang saujana melalui tingkap atau keluar daripada bangunan.
- c) Mengemas bilik pejabat atau bilik belajar sebentar.
5. Buat secawan kopi panas.
6. Berwuduk dengan memasang niat untuk menghalau syaitan yang sentiasa menggoda kita untuk berehat atau menyisihkan kita daripada aktiviti menuntut ilmu.
7. Membaca akhbar harian (jangan lebih daripada 10-15 minit jika waktu kerja).
8. Buat senaman setempat untuk meregangkan otot-otot yang letih seperti:
- a) Meramas dan menggerakkan jari tangan dan kaki.
- b) Menggerakkan bahu dan leher.
- c) Meregangkan lengan.
Ibu Mengelakkan Kelesuan
Selain mengelakkan kelesuan dengan mengoptimumkan fungsi pancaindera, menanamkan semangat yang tinggi dalam minda adalah lebih berkesan. Tanamkan motivasi yang tinggi dalam diri untuk menyiapkan kerja anda dengan pencapaian yang paling cemerlang.
Anda hendaklah mengejar masa yang ada. Letakkan diri anda seolah-olah tidak ada masa untuk berpaling ke kiri atau ke kanan. Lakukan banyak perkara dalam masa yang singkat.
Arahkan Minda Untuk Cergas
Anda boleh berdialog dengan minda anda sendiri dan mengarahkan minda anda supaya bekerja dengan cergas. Latih minda untuk membaca pergerakan dan perubahan yang berlaku di sekeliling anda.
Minda hendaklah cekap membuat keputusan lalu mengarahkan pancaindera untuk melaksanakan arahan tersebut. Pancaindera anda pula hendaklah melaksanakan segala arahan minda secara spontan.
Makanan Yang Menyebabkan Kelesuan
Selain fungsi minda, pemakanan memainkan peranan penting untuk kecergasan. Otak anda memerlukan oksigen yang segar yang dibawa oleh darah ke otak. Makanan yang berzat diserap oleh pembuluh darah lalu dibakar oleh oksigen untuk menghasilkan tenaga.
Badan perlu bekerja lebih keras menyebabkan kelesuan. Antara makanan yang menyebabkan kelesuan ialah:
- 1. Makan pagi yang berat seperti nasi berlauk daging dan seumpamanya.
- 2. Nasi lemak yang banyak mengandungi santan (lemak).
- 3. Nasi pulut. (Ketiga-tiga jenis makanan ini sesuai jika anda hendak bekerja keras seperti kerja buruh, kerja sawah atau kerja ladang).
4. Makan tengah hari yang berat.
Sebaliknya makanan yang tidak berzat atau yang terlalu kurang mengandungi karbohidrat, gula atau lemak juga menyebabkan kelesuan kerana badan akan kekurangan tenaga untuk bekerja.
Makanan Pagi Untuk Mengelakkan Kelesuan
- 1. Bijirin yang mudah hadam dan memberi banyak tenaga.
- 2. Fresh orange untuk mencairkan lemak menjadi tenaga.
- 3. Buah-buahan.
- 4. Air mineral.
- 5. Susu memberi anda tenaga yang banyak.
Mengelakkan Lesu Ketika Kuliah Atau Diskusi
- 1. Fokus.
- 2. Datangkan minat yang mendalam. 3. Gerakkan minda untuk bertanya secara kritis.
- 4. Catat menggunakan peta minda.
- 5. Pastikan anda dapat mendengar dengan jelas.
- 6. Baca fikiran pensyarah atau pasangan diskusi anda.
- 7. Keluarkan pengalaman atau pengetahuan lalu sebagai input perbincangan semasa.
Peranan Otak Kanan Dan Otak Kiri
Ketika mendengar kuliah atau berdiskusi, otak kanan dan otak kiri mesti bekerja secara serentak. Otak kanan lebih khusus memproses maklumat secara holistik (keseluruhan). Ia lebih bertindak balas kepada warna, imej, suasana dan irama. Otak kiri pula memproses maklumat satu persatu. Ia lebih bertindak balas kepada perkataan, nombor, maklumat, logik dan analisis.
Jadi ketika otak kiri mengecam, menghafal, mengingat dan menganalisis apa yang disampaikan guru, otak kanan hendaklah menimbulkan minat yang mendalam, menggambarkan fakta secara visual, memahami perasaan guru dan bertindak balas pada isyarat tubuh (body language) guru.
Dengan mengkoordinasi kedua-dua belah otak ini anda akan sentiasa segar dalam masa kuliah.
Mengelakkan Mengantuk Di Dalam Kereta
Ramai orang yang tertidur sebaik sahaja kereta mula bergerak. Cuba anda perhatikan, sifat ini selalunya berlaku kepada anak kecil. Apakah minda anda setaraf dengan minda seorang anak kecil?
Bagaimana mengelakkan kelesuan ketika berada di dalam kereta?
- 1. Mulakan sesuatu topik perbualan atau perbincangan.
- 2. Kenali (taaruf) semua orang yang berada di dalam kereta tersebut.
- 3. Pandang jauh keluar.
- 4. Beri komen apa yang anda lihat di luar kereta.
- 5. Elakkan membaca ketika berada di dalam kereta.
- 6. Pasang muzik, radio atau bahan audio kegemaran anda. Mengapa anda tidak membelanjakan sedikit wang untuk membeli CD motivasi oleh pakar motivasi antarabangsa?
- 7. Anda boleh menghafal ayat-ayat al-Quran menggunakan CD berkaitan.
- 8. Sediakan makanan kudap-kudapan seperti kacang, kuaci, gula-gula atau minuman bertenaga.
- 9. Bayangkan aktiviti dan kegembiraan yang anda akan lalui di penghujung perjalanan.
Anda Masih Mengantuk?
Itulah kelemahan makhluk yang bernama manusia berbanding malaikat yang tidak pernah lesu dan mengantuk daripada mencatat setiap detik kebajikan dan dosa yang kita lakukan. Malaikat juga tidak pernah letih, lesu dan mengantuk dalam menarik planet, bulan, bintang dan matahari mengikut orbit peredarannya dalam Sistem Suria.
Sampaikan malaikat juga tidak pernah mengantuk daripada menggerakkan bulu mata kita ketika ada serangga yang terbang ke arahnya atau mengantuk ketika menggerakkan jantung dan darah kita ke segenap sel di tubuh badan.
Sedangkan anda? Kadang-kadang ketika memegang sebatang pen pun boleh terjatuh kerana mengantuk!
sumber: SOLUSI
assalamualaikum..lama dh x update e-learning...pg yg hening ni ase nk update jap...
alhmdulillah dah stay kt UTM ni dh nk dkt 1 sem dh...bln1 2012 nati d start final n 13hb paper last..pastu blh blk kg...hip2 horray..hehehe..hepy sgt nk blk.. study la dlu nk final tu..hahaha
Semalam ad meeting silat..memandangkan ak ni salah sorang ajk bg progrm INTERAKSI ahli baru nanti..ak kena la turun meeting.. program interaksi itu akan diadakan pada 23-25 Disember nanti kt TIRAM INDAH VILLAGE...mcm best je pgrm tu..arap2 dpt dilaksanakan dgn jayanya sbb kami sume dh bertungkus lumus nk pastikan program tu berjalan dgn lancar.. ari selasa mlm setiap minggu kami sume turun meeting...
1st meeting mmg best la..meetimng bertemankn lilin!!!. romantik kan...hehehe ni sume kebetulan UTM blackout time tu...dh la sblm tu ak tgh midterm programming..xpepasai ak kena repeat test tu..pyh plak tu..huhuhu..
Masalah ak yg besar skrg ni...blog ak kena virus la..da la tu project yg dr zaidi bg...mcm mana ni..xkn la ak kena wat blk..penat w0o0o0..byk lg keja yang ak kena settlekn..programmming yg mkn lama mkn payah..asgmnt setiap mgu ad..huhuhu..sabor je la