Reflection /
EXPLORACE

Alhamdulillah saya mendaftar di UTM,Skudai pada 4 September 2011.. Hari pertama cuma ada pendaftaran dan pembahagian kumpulan sepanjang minggu MTM.. Nama kumpulan saya adalah COMEL dan kami terdiri daripada 3 lelaki dan 13 perempuan... Pada hari Khamis,17 September 2011, kami telah menjalani program EXPLORACE sempena minggu MTM... Kami memulakan program pada pukul 8 pagi bermula di Dataran Gemilang Kolej Tun Razak(KTR). Check point pertama yang kami tuju adalah PUSTAKA SULTAN ZANARIAH (PSZ).. Di sini kami perlu mencari apakah perkhidmatan yang disediakan di PSZ. Seteruskan kami ke Hal Ehwal Pelajar(HEMA) dan perlu menyenaraikan senarai jabatan-jabatan yang terdapat di sekitar HEMA. Selepas itu kami perlu pergi ke PUSAT KAUNSELING. Di sana kami perlu mereka satu bentuk dari sehelai kertas surat khabar yang boleh memuatkan semua ahli kami... Alhamdulillah ada ahli yang pernah berpengalaman melakukan aktiviti ini dan kami dapat menyelesaikan aktiviti ini dengan cepat. PUSAT SUKAN adalah check point kami yang seterusnya. Di sana kami perlu mengetahui berapakah bilangan gelanggang badminton dan sepak takraw. Check point kami yang kedua terakhir iaitu STADIUM UTM yang baru siap di bina.. Tugas kami kali di ini ialah menyenaraikan kemudahan-kemudahan yang terdapat di stadium tersebut. Malangnya dalam perjalanan untuk pergi ke check point yang terakhir,hujan turun dengan lebatnya.. Dan pihak fasilitator terpaksa membatalkan "game" ini.. Selepas selesai menjalani aktiviti ini, kami menyedari bahawa dalam kumpulan, sikap bekerjasama itu sangat penting dan kita perlu sentiasa menghormati pendapat ahli kumpulan yang lain. Sikap mementingkan diri akan menyebabkan kita tidak dapat menyelesaikan tugasan dengan sebaiknya.. Aktiviti ini juga membolehkan kami 'menjelajah' UTM secara tidak langsung dan dapat mengetahui selok-belok jalan di UTM memandangkan kami merupakan mahasiswa tahun 1.

Comments

ISH NUR NURISHA
14 October 2011, 4:21 PM

WAh.... tulis dalam ni.. Bagusn... Suka2....:)

afifah azhar
14 October 2011, 4:27 PM

alang2 tgh igt

2 comments