Pada pendapat saya, kandungan utama yang terdapat dalam kursus ini adalah mengenai bagaimana sains dan teknologi berkembang sejak zaman dahulu lagi sehingga kini. Selain itu, kursus ini membincangkan tentang pemikiran orang sains atau saintis dan peradaban mereka. Relevansi kursus ini dengan bidang pengajian adalah supaya pelajar dapat mencontohi daya fikir para saintis dan mengaplikasikannya dalam pelajaran. Melalui kursus ini, jangkaan manfaat yang bakal diperolehi menjadikan kita lebih etika dalam penggunaan teknologi dan tidak disalah guna demi kepentingan peribadi. Antara komitmen dan sumbangan saya adalah saya akan mengamalkan ilmu untuk menjadikan diri saya manusia yang berilmu dan beramal. Selain itu, saya akan berkongsi ilmu saya tentang kursus ini kepada mereka yang tidak mempelajarinya supaya lebih ramai yang memahami kepentingan sains dan teknologi di sekeliling kita.