UHIT2302 Science and Technology Thinking

Image

Tanggapan terhadap kursus ini

Pada pendapat saya, kandungan utama yang terdapat dalam kursus ini adalah mengenai bagaimana sains dan teknologi berkembang sejak zaman dahulu lagi sehingga kini. Selain itu, kursus ini membincangkan tentang pemikiran orang sains atau saintis dan peradaban mereka. Relevansi kursus ini dengan bidang pengajian adalah supaya pelajar dapat mencontohi daya fikir para saintis dan mengaplikasikannya dalam pelajaran. Melalui kursus ini, jangkaan manfaat yang bakal diperolehi menjadikan kita lebih etika dalam penggunaan teknologi dan tidak disalah guna demi kepentingan peribadi. Antara komitmen dan sumbangan saya adalah saya akan mengamalkan ilmu untuk menjadikan diri saya manusia yang berilmu dan beramal. Selain itu, saya akan berkongsi ilmu saya tentang kursus ini kepada mereka yang tidak mempelajarinya supaya lebih ramai yang memahami kepentingan sains dan teknologi di sekeliling kita.

Details

Poster Kaedah Saintifik Tokoh Muslim

Details

Refleksi akhir kursus

Saya mendapati bahawa kursus ini banyak membincangkan bagaimana sesebuah ilmu sains dan teknologi berkembang daripada zaman dahulu sehingga sekarang. Bermula dengan kemajuan sains dan teknologi dalam tamadun Islam dan kelahiran ramai tokoh-tokoh Islam dalam pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, geometri dan sebagainya. Peranan khalifah pada ketika itu menjadi pemangkin kepada perkembangan ilmu. Kemudian, berlaku pemindahan ilmu di mana perluasan ilmu semakin berkembang serta penghasilan buku terjemahan yang memudahkan mereka pada masa itu mempelajarinya. Pembinaan perpustakaan Baitul Hikmah telah menggiatkan aktiviti penterjemahan dan menjadi tempat berkumpulnya para cendekiawan untuk menambahkan ilmu. 

Saya juga mempelajari bagaimana manusia beralih dari zaman gelap ke zaman Renaissance. Banyak faktor yang mempercepatkan Renaissance dan antaranya ialah perkembangan intelek dalam diri mereka. Kemudian berlaku zaman Pencerahan di mana mereka mula memahami falsafah dan mengeluarkan ideologi seperti ideologi Karl Marx dan Charles Darwin. Jika dahulu mereka menganggap pihak gereja yang paling berkuasa, namun kini mereka lebih berfikiran terbuka untuk menguasai ilmu-ilmu terutama dalam bidang sains dan teknologi. Zaman Revolusi Industri berlaku dan terdapat empat fasa dalam revolusi ini. Kini, dunia sedang menuju ke fasa empat revolusi iaitu jaringan internet dan sistem siber. 

Etika dan nilai sangat penting dalam diri manusia kerana tanpa keduanya, teknologi yang dicipta hari ini mampu memberi kemusnahan kepada hidup manusia. Teknologi yang sepatutnya memudahkan kehidupan seharian terjadi sebaliknya apabila terdapat golongan yang menyalahgunakan teknologi tersebut. Oleh itu, amatlah penting bagi setiap individu untuk menginsankan diri dalam pemikiran sains dan teknologi ini demi keamanan dunia.

Details

Video