Analisis Dokumenteri Ancient Egyptian Technology

Analisis Dokumentari Hidden Ancient Technology

  • Dokumentari ini ialah berkaitan penemuan bandar kuno yang berada di dasar laut India. Bandar yang bernama Bandar Dwarka  ini dianggarkan berumur kira-kira 32000 tahun dahulu. Penggallian tapak kuno tersebut bermula pada 1960 - 1990an.
  • Amish Shah, seorang ahli arkeologi telah pergi ke Pulau Bet Dwarka, kerana Bet Dwarka merupakan salah satu pelabuhan terbesar beribu tahun lepas. Pelabagai artifak tahun Harappan (1500BC & 2000BC) dijumpai seperti Prismatic Stone Anchor dan Scepture of Vishu.
  • Kewujudan bandar kuno Dwarka serta tenggelamnya bandar ini direkodkan dalam teks kuno Mahbharata. Mahbharata merupakan antara skrip kuno utama Sanskrit India dan paling lama. Teks lama tersebut banyak merekodkan kisah peperangan yang disertai Krishna
  • Kewujudan Krishna dan bandar Dwarka sangat berkait rapat kerana menurut teks lama tersebut, Krishna la yang membangunkan bandar Dwarka.
  • Dr. Narahari Achar, ahli fizik di Universiti Memphis dapat menentukan bahawa terdapat beberapa kejadian astronomi yang berlaku di bandar Dwarka turut direkodkan. Sebagai contoh, terdapat dua komet yang bernama Udyoga Parva dan Bhisma Parva semasa wujudnya bandar Dwarka.
  • Dr, Archar menggunakan pelbagai rekod kejadian astronomi untuk mencari anggaran usia kejadian 2 komet itu dan kewujudan bandar Dwarka. Keputusannya, beliau memutuskan bahawa tahun 3067BC merupan tahun berlakunya 2 komet tersebut dan wujudnya bandar Dwarka.
  • Selain itu, terdapat juga mesin terbang direkodkan dalam teks kuno Mahbharata, mesin ini dipanggil dengan nama Vimanas diperbuat daripada besi dan bebentuk kon.
  • Michael Cremo, penulis buku "Forbidden Archaeology & the hidden History of the Human race" menyatakan Mahbharata merekodkan Raja Salva menggunakan Vimanas untuk menyerang bandar Dwarka.

 

Kesimpulannya, terdapat pelabagai kemungkinan bahawa teknologi kuno lebih maju dari teknologi pada hari ini. Jika tidak bagaimana penulis teks kuno Mahbharata mampu menggambarkan kenderaan terbang?