Science and Technology Thinking assignment

Tugasan Eportfolio 2

Soalan: Berikan Analisis secara Terperinci Hubungan antara Sains, Teknologi dan Kemanusian?

Analisis Hubungan Antara Sains, Teknologi dan Manusia

Pengertian Sains dan Teknologi RSS

Pengertian Sains dan Teknologi

Sains berasal dari bahasa Latin “scientia” yang bererti pengetahuan. Sains merupakan proses mengumpul dan mengatur pengetahuan hasil dari pemerhatian dan eksperimen. Pengkelasifikasi bidang sains dibuat mengikut perbezaan kaedah yang digunakan.

Teknologi pula ialah aktiviti yang mengaplikasikan ilmu sains untuk memenuhi keperluan manusia dan keiginan manusia. Teknologi dihasilkan selepas pelbagai teori dan kajian dilaksanakan para ilmuan. 

Details

Hubungan antara Sains, Teknologi dengan Manusia Berevolusi RSS

Hubungan antara Sains, Teknologi dengan Manusia Berevolusi

Penemuan ilmu sains baharu merupakan bukti bahawa umat manusia sentiasa cuba menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi. Dengan mengkaji dan mempelajari hukum alam semulajadi, kita menggunakan ilmu pengetahuan ini untuk mencipta teknologi yang mampu menjadi solusi kepada masalah kita. Ilmu sains yang ditemukan generasi terdahulu menjadi asas atupun panduan terhadap para pengkaji di masa hadapan. Pengadaptasian dan evolusi akan terus berlaku apabila teknologi-teknologi ini dikongsi penggunaannya antara manusia. Hal ini boleh dilihat apabila pelbagai teknologi dan konsep baharu ditemukan setiap kali ciptaan terhasil. Oleh itu, manusia akan terus berevolusi kerana penemuan ilmu pengetahuan sains tidak akan pernah tamat dan manusia tidak akan pernah berhenti mengkaji.

Details

Dokumenteri

Analisis Dokumenteri Ancient Egyptian Technology RSS

Analisis Dokumentari Hidden Ancient Technology

  • Dokumentari ini ialah berkaitan penemuan bandar kuno yang berada di dasar laut India. Bandar yang bernama Bandar Dwarka  ini dianggarkan berumur kira-kira 32000 tahun dahulu. Penggallian tapak kuno tersebut bermula pada 1960 - 1990an.
  • Amish Shah, seorang ahli arkeologi telah pergi ke Pulau Bet Dwarka, kerana Bet Dwarka merupakan salah satu pelabuhan terbesar beribu tahun lepas. Pelabagai artifak tahun Harappan (1500BC & 2000BC) dijumpai seperti Prismatic Stone Anchor dan Scepture of Vishu.
  • Kewujudan bandar kuno Dwarka serta tenggelamnya bandar ini direkodkan dalam teks kuno Mahbharata. Mahbharata merupakan antara skrip kuno utama Sanskrit India dan paling lama. Teks lama tersebut banyak merekodkan kisah peperangan yang disertai Krishna
  • Kewujudan Krishna dan bandar Dwarka sangat berkait rapat kerana menurut teks lama tersebut, Krishna la yang membangunkan bandar Dwarka.
  • Dr. Narahari Achar, ahli fizik di Universiti Memphis dapat menentukan bahawa terdapat beberapa kejadian astronomi yang berlaku di bandar Dwarka turut direkodkan. Sebagai contoh, terdapat dua komet yang bernama Udyoga Parva dan Bhisma Parva semasa wujudnya bandar Dwarka.
  • Dr, Archar menggunakan pelbagai rekod kejadian astronomi untuk mencari anggaran usia kejadian 2 komet itu dan kewujudan bandar Dwarka. Keputusannya, beliau memutuskan bahawa tahun 3067BC merupan tahun berlakunya 2 komet tersebut dan wujudnya bandar Dwarka.
  • Selain itu, terdapat juga mesin terbang direkodkan dalam teks kuno Mahbharata, mesin ini dipanggil dengan nama Vimanas diperbuat daripada besi dan bebentuk kon.
  • Michael Cremo, penulis buku "Forbidden Archaeology & the hidden History of the Human race" menyatakan Mahbharata merekodkan Raja Salva menggunakan Vimanas untuk menyerang bandar Dwarka.

 

Kesimpulannya, terdapat pelabagai kemungkinan bahawa teknologi kuno lebih maju dari teknologi pada hari ini. Jika tidak bagaimana penulis teks kuno Mahbharata mampu menggambarkan kenderaan terbang?

 

Details

Prismatic Stone Anchor

Details

Vimanas

Details