Hubungan antara Sains, Teknologi dengan Manusia Berevolusi

Hubungan antara Sains, Teknologi dengan Manusia Berevolusi

Penemuan ilmu sains baharu merupakan bukti bahawa umat manusia sentiasa cuba menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi. Dengan mengkaji dan mempelajari hukum alam semulajadi, kita menggunakan ilmu pengetahuan ini untuk mencipta teknologi yang mampu menjadi solusi kepada masalah kita. Ilmu sains yang ditemukan generasi terdahulu menjadi asas atupun panduan terhadap para pengkaji di masa hadapan. Pengadaptasian dan evolusi akan terus berlaku apabila teknologi-teknologi ini dikongsi penggunaannya antara manusia. Hal ini boleh dilihat apabila pelbagai teknologi dan konsep baharu ditemukan setiap kali ciptaan terhasil. Oleh itu, manusia akan terus berevolusi kerana penemuan ilmu pengetahuan sains tidak akan pernah tamat dan manusia tidak akan pernah berhenti mengkaji.