E-Portfolio 2 PST
Apakah maksud sains dan teknologi?
Berdasarkan kamus Dewan Pustaka, sains bermaksud ilmu pengetahuan yang teratur dan sistematik serta boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. Sains juga merupakan cabang ilmu pengetahan yang berdasarkan kebenaran atau keperluan semata-mata termasuklah ilmu fizik, matematik, kimia dan banyak lagi yang kita pelajari di institusi ilmu seperti sekolah dan universiti. Kemudian, teknologi pula didefinisikan sebagai aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi manfaat serta dapat membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah dalam kehidupan seharian. Antara contoh teknologi yang telah dihasilkan kini adalah dalam bidang perubatan, pertanian dan kenderaan.
Bagaimana hubungan sains dan teknologi dengan manusia mengalami evolusi?
Evolusi sains telah berkembang pesat di Barat sejak abad ke-17 dikatakan berasal daripada tamadun Yunani kuno. Kekuatan rohani dan material yang ada pada Islam telah menyebabkan sains Islam mencapai tahap kecemerlangan sains yang sangat tinggi. Manusia kini merupakan pencetus kepada teknologi pembuatan menjadikan daya pemikiran dan kreativiti manusia semakin berkembang. Jadi, ilmu teknologi adalah ilmu praktis atau teknik yang membolehkan manusia membuat sesuatu perubahan kepada alam tabii.
Huraian hubungan antara sains, teknologi dan manusia berdasarkan dokumentari:
Kemajuan sains dan teknologi yang kita kecapi sekarang adalah hasil daripada proses perpindahan ilmu yang akan terus berlaku. Masyarakat yang menerima proses perpindahan ilmu berpeluang menikmati kemajuan dalam bidang sains dan teknologi di samping menikmati taraf kehidupan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Menurut video tersebut, sains dan teknologi boleh menyumbang kepada kebaikan manusia seperti penemuan ubat-ubatan dan penyembuh penyakit serta antara penemuan baru yang diketengahkan adalah penghasilan robot yang mempunyai perasaan serta deria rasa. Namun, kecanggihan teknologi yang semakin hebat pada era globalisasi ini perlu dikendalikan dengan cara baik agar matlamat penciptaan teknologi sebagai alat kemudahan untuk manusia dan bukan menyebabkan manusia menjadi hamba kepada teknologi. Oleh itu, elemen kerohanian dalam diri manusia seharusnya diperkasakan selaras dengan perkembangan teknologi.