Science and Technology Thinking

This section divided into two tasks which are my impression towards this Technology Science Thinking course and my views regarding the relationship between science and technology and humans.

Eportfolio 1

EPORTFOLIO 1

Apakah tanggapan anda terhadap kursus Pemikiran Sains Teknologi ?

 

  1. Kandungan utama

Kandungan utama kursus Pemikiran Sains Teknologi ini merangkumi pelbagai aspek penting yang perlu dipelajari oleh para pelajar yang terdiri dari sebelas bab iaitu Bab 1 hingga Bab 11. Kursus ini menghuraikan tentang perkembangan pemikiran saintifik berkaitan dengan ilmu,manusia dan agama pada zaman klasik sehingga kini . Seterusnya, kursus ini amat menekankan tentang nilai dan etika yang perlu ada dalam setiap pelajar agar mereka berjaya dalam pelajaran serta dan mempunyai sahsia diri yang tinggi. Kemudian, pemodenan sains dan teknologi dalam industri negara serta kesannya kepada manusia turut diterangkan dalam Bab 10. Akhir sekali, pemikiran sains teknologi menjelaskan usaha-usaha yang dilakukan untuk “4th Industrial Revolution (4IR)” sekali gus usaha untuk menginsankan sains dan teknologi atau dipanggil sebagai “humanizing science and technology”.

 

  1. Relevansi dengan bidang pengajian

Kursus pemikiran Sains dan Teknologi ini amat relevan dengan pengajian saya iaitu bidang teknologi computer. Kursus ini berkait rapat dengan sains tidak terhad kepada ilmu akal sahaja tetapi dikaitkan dengan ilmu sains dan teknologi dan implikasinya dalam pembelajaran kami. Selain itu, penerangan tentang penyelesaian sesuatu masalah secara holistik terhadap isu-isu semasa, transformasi dan inovasi dan falsafah sains dan teknologi memberi impak kepada pada pelajar dalam usaha membantu negara berkembang maju dalam pelbagai aspek. Kursus juga merangkumi aspek hubungan antara manusia dan agama yang perlu diambil berat dalam diri seseorang supaya kami boleh hidup bersatu padu dalam sebuah institusi ilmu dan satu negara ini. Oleh itu, kursus ini sangatlah relevan dengan pengajian saya.

 

  1. Jangkaan manfaat

Kursus Pemikiran Sains dan Teknologi ini mendatangkan banyak manfaat bagi individu yang mempelajarinya. Para pelajar akan tahu dengan lebih mendalam bagaimana pemikiran sains teknologi ini berubah berkembang maju dari zaman nenek moyang mereka sehingga zaman yang maju kini. Pada masa yang sama, mereka juga boleh menganalisi tentang isu-isu semasa tentang perubahan paradigma pemikiran saintis-saintis barat , relovusi-relovusi industri yang mungkin akan membuka minda mereka untuk menjadi seorang yang mempunyai mind akelas pertama selaras dengan hasrat kerajaan negara kita. Malah, pihak university (Universiti Teknologi Malaysia) akan membentuk pelajar-pelajar yang berperibadi mulia serta mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga, komuniti dan masyarakat apabila mereka telah diberikan pendedahan tentang nilai dan etika.

 

  1. Komitmen dan sumbangan

Pada pendapat saya, antara komitmen dan sumbangan yang dapat saya berikan sebagai seorang pelajar yang mempelajari kursus ini adalah menjadi seorang yang mempunyai pemikiran kreatif, innovatif dan berfikiran terbuka. Hal ini dikatakan demikian kerana agar saya boleh menyumbang manfaat untuk keluarga, negara dan yang paling penting unutk agama Islam seperti mana tokoh-tokoh Islam terdahulu. Saya juga berharap agar keperibadian diri ini akan menjadi lebih baik dan menjadi seorang yang penuh dengan nilai-nilai murni yang boleh dicontohi oleh orang sekeliling.

 

E-Portfolio 2 PST RSS

Apakah maksud sains dan teknologi?

Berdasarkan kamus Dewan Pustaka, sains bermaksud ilmu pengetahuan yang teratur dan sistematik serta boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. Sains juga merupakan cabang ilmu pengetahan yang berdasarkan kebenaran atau keperluan semata-mata termasuklah ilmu fizik, matematik, kimia dan banyak lagi yang kita pelajari di institusi ilmu seperti sekolah dan universiti. Kemudian, teknologi pula didefinisikan sebagai aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi manfaat serta dapat membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah dalam kehidupan seharian. Antara contoh teknologi yang telah dihasilkan kini adalah dalam bidang perubatan, pertanian dan kenderaan.

 

Bagaimana hubungan sains dan teknologi dengan manusia mengalami evolusi? 

Evolusi sains telah berkembang pesat di Barat sejak abad ke-17 dikatakan berasal daripada tamadun Yunani kuno. Kekuatan rohani dan material yang ada pada Islam telah menyebabkan sains Islam mencapai tahap kecemerlangan sains yang sangat tinggi. Manusia kini merupakan pencetus kepada teknologi pembuatan menjadikan daya pemikiran dan kreativiti manusia semakin berkembang. Jadi, ilmu teknologi adalah ilmu praktis atau teknik yang membolehkan manusia membuat sesuatu perubahan kepada alam tabii.  

 

Huraian hubungan antara sains, teknologi dan manusia berdasarkan dokumentari:

Kemajuan sains dan teknologi yang kita kecapi sekarang adalah hasil daripada proses perpindahan ilmu yang akan terus berlaku. Masyarakat yang menerima proses perpindahan ilmu berpeluang menikmati kemajuan dalam bidang sains dan teknologi di samping menikmati taraf kehidupan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Menurut video tersebut, sains dan teknologi boleh menyumbang kepada kebaikan manusia seperti penemuan ubat-ubatan dan penyembuh penyakit serta antara penemuan baru yang diketengahkan adalah penghasilan robot yang mempunyai perasaan serta deria rasa.  Namun, kecanggihan teknologi yang semakin hebat pada era globalisasi ini perlu dikendalikan dengan cara baik agar matlamat penciptaan teknologi sebagai alat kemudahan untuk manusia dan bukan menyebabkan manusia menjadi hamba kepada teknologi. Oleh itu, elemen kerohanian dalam diri manusia seharusnya diperkasakan selaras dengan perkembangan teknologi.

Details