Komitmen Dan Sumbangan

  Tidak dapat dinafikan, banyak komitmen dan sumbangan yang telah dinikmati oleh generasi masa kini. Bermula dari permulaan tamadun, yang mengajar kita erti kehidupan dalam sebuah komuniti sehingga kita dapat memiliki pelbagai kemudahan yang mungkin jarang dinikmati oleh golongan terdahulu, sebagai contoh ialah pendidikan. Keboleheksesan ilmu yang meluas telah meningkatkan taraf kehidupan manusia, tidak kira dari sudut ekonomi, politik dan sosial. Oleh itu, kita haruslah bersyukur dan menggunakan kemudahan yang telah wujud dengan sebaik mungkin demi kebaikan bersama.

  Kursus ini juga memperingatkan kami tentang tujuan utama seorang pelajar, iaitu untuk menuntut ilmu. Peneroka ilmu yang beragama muslim pada tamadun Islam menganggap bahawa menuntut ilmu merupakan sebuah tuntutan agama sehingga mendorong mereka untuk mengkaji pelbagai bidang-bidang yang tidak terhad pada agama semata-mata demi mendekatkan diri kepada Allah. Hal ini dapat mendorong untuk melahirkan generasi yang bijak dari ilmunya, ihsan dari akhlaknya dan beriman dari ibadahnya.