portfolio 1

portfolio 1

                      Tanggapan saya awal terhadap Pemikiran Sains dan Teknologi sebelum menghadiri kelas ialah belajar berkaitan dengan sains dan teknologi sahaja pada zaman dahulu dan sekarang tetapi selepas saya menghadiri kelas saya mendapati bahawa kursus ini mengajar tentang sains dan teknologi berkaitan dengan agama. 

                      Tanggapan saya ialah kandungan utama kursus ini kebanyakannya berkaitan dengan sains dan teknologi zaman dahulu dan sejarahnya, juga serba sedikit tentang agama Islam mempengaruh sains dan teknologi. Pelajar dapat mengetahui kebijaksanaan orang dahulu mencipta banyak benda berkaitan dengan sains dan teknologi mendorong teknologi zaman kini semakin moden dan canggih. Kita harus mengenang jasa orang lama yang sentiasa berusaha mencuba dan perasaan mereka yang ingin tahu sebabnya. Kemungkinan kursus ini boleh meningkatkan perasaan ingin tahu pelajar dan membantu dalam kejayaan mereka.  

                        Saya berharap kursus ini boleh membantu dalam menginovasikan pelajar berusaha belajar dan menceburi dalam bidang sains dan teknologi. Pada pendapat saya, kursus ini penting dalam menggalakkan pelajar banyak berfikir dan memberi sumbangan dalam bidang ini menjadikan masyarakat ini bertambah maju.