Science and Technology Thinking UHIT2302-38

All about relationship between human and science and technology

Video project

portfolio 1 RSS

portfolio 1

                      Tanggapan saya awal terhadap Pemikiran Sains dan Teknologi sebelum menghadiri kelas ialah belajar berkaitan dengan sains dan teknologi sahaja pada zaman dahulu dan sekarang tetapi selepas saya menghadiri kelas saya mendapati bahawa kursus ini mengajar tentang sains dan teknologi berkaitan dengan agama. 

                      Tanggapan saya ialah kandungan utama kursus ini kebanyakannya berkaitan dengan sains dan teknologi zaman dahulu dan sejarahnya, juga serba sedikit tentang agama Islam mempengaruh sains dan teknologi. Pelajar dapat mengetahui kebijaksanaan orang dahulu mencipta banyak benda berkaitan dengan sains dan teknologi mendorong teknologi zaman kini semakin moden dan canggih. Kita harus mengenang jasa orang lama yang sentiasa berusaha mencuba dan perasaan mereka yang ingin tahu sebabnya. Kemungkinan kursus ini boleh meningkatkan perasaan ingin tahu pelajar dan membantu dalam kejayaan mereka.  

                        Saya berharap kursus ini boleh membantu dalam menginovasikan pelajar berusaha belajar dan menceburi dalam bidang sains dan teknologi. Pada pendapat saya, kursus ini penting dalam menggalakkan pelajar banyak berfikir dan memberi sumbangan dalam bidang ini menjadikan masyarakat ini bertambah maju.

Details

portfolio 2 RSS

Sains adalah bermaksud pengetahuan yang diperoleh melalui pembelajaran. Melalui kajian atau eksperimen, kita boleh mendapatkan pengetahuan dalam kehidupan kita dan menjelaskan fenomena yang terjadi di dunia ini. Teknologi pula bermaksud seni, kemahiran yang membantu menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh manusia atau memudahkan kerja manusia.

 

              Hubungan sains dan teknologi dengan manusia sentiasa berkembang dan mengalami evolusi. Dari zaman dahulu hingga sekarang, teknologi yang dicipta oleh manusia semakin canggih mendorong kemajuan dalam pelbagai bidang. Hubungan sains dan teknologi dengan manusia tidak boleh dipisahkan kerana manusia memerlukan pengetahuan untuk bertambah baik dan menjadi lebih cekap dan baik. Tanpa sains dan teknologi, manusia tidak dapat mengkaji fenomena-fenomena atau memperoleh ilmu untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih efektif.

             

Video yang saya tonton berkaitan dengan sains dan teknologi bertajuk “Hidden Ancient Technology-Secret Science of the Gods and Atlantis-Rediscovered history”. Dalam video berkaitan tentang satu bandar yang sangat maju dan bertamadun bernama Dwarka tetapi bandar ini telah ditenggelami oleh laut selama beribu-ribu tahun. Barang-barang seperti sauh, duit syiling kuno dan cangkerang telah dicari membuktikan bahawa kemungkinan wujudnya bandar Dwarka. Menurut buku yang dicatat, Bandar ini telah wujud sebelum masihi dalam lingkaran tahun 3500SM hingga tahun 500. Satu orang bernama Dr. Narahari Achar iaitu seorang pensyarah physics di University of Memphis dan beliau juga seorang penyelidik astronomi. Beliau telah membuktikan kewujudan bandar Dwarka dengan menggunakan teori astronomi dengan menggunakan beberapa jenis perisian astronomi untuk menjangkakan tarikh antara 3500 SM hingga tahun 500 kewujudan Dwarka pada buku yang bernama Mahabharata. Akhirnya, beliau menjangkakan tahun yang bandar ini wujud adalah pada 3067 SM. Pada tahun ini merupakan peperangangan bernama ‘Great Battle’.  Buku yang disebutkan tadi, Mahabharata merupakan satu buku yang berkuno. Dalam buku tersebut salah satu bahagian menulis berkaitan kecantikan bandar Dwarka yang dibina oleh Krishna. Selain itu, buku tersebut mencatat satu teknologi yang telah wujud pada masa itu, iaitu mesin terbang. Mesin ini digunakan semasa Raja Salva menyerang ibu negara Krishna. Ini telah membuktikan bahawa teknologi yang sekarang adanya sudah wujud pada masa itu. Tuntasnya, hubungan sains dan teknologi dengan manusia telah wujud pada masa dahulu dan penyelidikan seperti ini haruslah diteruskan supaya lebih banyak orang mengetahui dan memajukan negara.  

Details