Langkah pertama :
Kayu hendaklah diukur dan ditanda mengikut lukisan projek. Proses penandaan sangat penting bagi memastikan kayu mengikut ukuran sepatutnya.
Rajah 1
Langkah kedua :
Setelah itu, kayu yang hendak dibuat putting hendaklah digergaji terlebih dahulu. Ketebalan kayu puting mestilah lebih kurang 1/3 daripada kayu tersebut.
Rajah 2
Langkah ketiga :
Kayu untuk lubang hendaklah ditanda mengikut kelebaran dan ketebalan puting. Lubang kayu hendaklah ditebuk menggunakan saiz pahat yang hampir sama dengan saiz lubang. Gunakan pahat untuk mengemaskan lubang pada kayu.
Rajah 3
Rajah 4
Langkah keempat :
Kayu untuk putting diraut dan diratakan supaya mudah ketika proses mencantukan.
Rajah 5
Langkah kelima :
Tanggam puting dan lubang akan dicantumkan menggunakan gandin. Ujian kepersegian dan kerataan akan diambil.
Rajah 6