SPPL 1022 : AMALI 3 (TANGGAM LUBANG DAN PUTING)

1) PENGENALAN PROJEK

Untuk amali 3 ini kami telah ditugaskan untuk membuat tanggam lubang dan puting.  Tanggam ini digunakan apabila pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak. Pemidang pada hujungnya seperti pada kali meja dan kerusi. Ukuran panjang janjang ini sama dengan tebal puting. Fungsi janjang ini adalah untuk mengelakkan pemidang lintang daripada beralih kedudukannya atau berpiuh jika pemidang tegak mengecut.

 

tangam luban puting.gif

 

 

2) LUKISAN PROJEK

003.jpg

Details

3) BAHAN PROJEK

Bahan yang digunakan adalah :

1 keping kayu meranti 30 x 60 x 300

Details

4) PERALATAN YANG DIGUNAKAN

  • 4.1   ALAT MENANDA & MERANCANG TANDA

 

Pita Pengukur

 

KAYU.jpg.4

Fungsi :  Digunakan untuk mengukur jarak yang lebih panjang dari pembaris keluli dan berukuran antara 3 hingga 6 meter

           

Pisau Penanda

pisau.jpg

Fungsi : Sejenis pisau yang diperbuat daripada keluli khas, digunakan untuk menandakan garisan yang akan dipotong dengan gergaji atau pahat semasa membuat tanggam

 

Tolok serong

KA3.jpg.3

Fungsi : Digunkan untuk menanda dan memindahkan sudut yang bukan 90 darjah.  Skru pelaras digunakan untuk melonggar dan mengetatkan bilah tolok serong

 

Sesiku L

KAYU 1.jpg.3

Fungsi : Membuat garisan bersudut tepat 90 Drjah, menguji kepersegian dan keratin permukaan kayu

 

 

  • 4.2       ALAT MENGAPIT & MENYANGGA

           

 Apit G

Fungsi : mengapit kayu ketika proses mengglukan 2 kepingan kayu dan memegang kayu semasa hendak digerudikan, dipahat atu digergajikan.

 

K8.jpg.2

 

Ragum meja

 

K7.jpg.2

 

Fungsi : memegang benda kerja semasa ianya dikerjakan

 

 

  • 4.3       ALAT MENGETAM & MEMOTONG

 

Kikir parut :

K4.jpg.1

Fungsi : Meratakan permukaan kayu dan membina pada kayu

 

   Gergaji puting

K6.jpg.2

  Fungsi : memtong kayu dengan lurus untuk membina tanggam

           

  •  4.4       ALAT MENUKUL DAN MEMUTAR

 

 Gandin

K5.jpg.2

 

Fungsi : digunakan untuk memasang dan menanggalkan tanggam

 

Gerudi Elektrik

GERDI'.jpg

Fungsi : Membuat lubang pada kayu, plastic , dinding, besi, logam dan kaca. Mempunya 2 kaedah untuk mengerudi iaitu secara menegak atau mendatar

 

Details

5) LANGKAH KERJA MENGHASILKAN PROJEK

Langkah pertama :

Kayu hendaklah diukur dan ditanda mengikut lukisan projek. Proses penandaan sangat penting bagi memastikan kayu mengikut ukuran sepatutnya.

WhatsApp Image 2019-11-03 at 23.31.32.jpeg

Rajah 1

 

 

Langkah kedua :

Setelah itu, kayu yang hendak dibuat putting hendaklah digergaji terlebih dahulu. Ketebalan kayu puting mestilah lebih kurang 1/3 daripada kayu tersebut.

WhatsApp Image 2019-11-03 at 23.43.14.jpeg.2

Rajah 2

 

 

Langkah ketiga :

Kayu untuk lubang hendaklah ditanda mengikut kelebaran dan ketebalan puting. Lubang kayu hendaklah ditebuk menggunakan saiz pahat yang hampir sama dengan saiz lubang. Gunakan pahat untuk mengemaskan lubang pada kayu.

 

20191022_102101.jpg

Rajah 3

 

 

WhatsApp Image 2019-11-04 at 01.06.13.jpeg

Rajah 4

 

 

 

 

Langkah keempat :

 Kayu untuk putting diraut dan diratakan supaya mudah ketika proses mencantukan.

 

  20191022_102110.jpg.2

Rajah 5

 

 

 

Langkah kelima :

Tanggam puting dan lubang akan dicantumkan menggunakan gandin. Ujian kepersegian dan kerataan akan diambil.

 

20191022_102115.jpg

Rajah 6

Details

6) APAKAH MASALAH YANG DIHADAPI DAN CARA MENGATASI

Masalah :

Masalah yang saya hadapi ialah ketika mengergaji tanggam puting dimana ketebalan kayu berkurang daripada saiz sepatutnya.

 

Penyelesaian :

Saya menandai tanggam lubang dengan ukuran baru bagi memastikan tanggam putting dapat memasuki dengan lancar.

 

Masalah :

Tanggam puting saya tidak sepenuhnya lekap dengan tanggam lubang. Selain itu, tanggam puting menghadapi masalah daripada segi kerataan permukaanya.

 

Penyelesaian :

Saya menggunakan sander balting untuk meratakan permukaan tanggam putting.

 

WhatsApp Image 2019-11-04 at 00.30.40.jpeg

Details

7) REFLEKSI

Melalui projek kali ini iaitu pembinaan tanggam lubang dan puting, saya belajar untuk mengejar masa bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut waktu yang diberi. Ketepatan masa didapati apabila focus sepenuhnya diberikan kepada penyiapan projek.

Selain itu, melalui projek ini juga saya dapat mencabar diri saya daripada zon selesa saya. Saya menggunakan drill tangan sewaktu menebuk lubang pada tanggam lubang, ianya mengajar saya untuk menggunakan drill tangan dengan betul dan mempunyai keyakinan sewaktu menggunakannya.

Details