Langkah pertama
Kayu yang dipotong dan diberikan kepada ditandai mengikut ukuran projek yang telah diberi. Setelah itu, bahagian yang hendak dipotong dan dipahat akan di tanda dengan huruf ‘X’ bagi mengelakkan kekeliruan. Sebelum itu kami meratakan kawan permukaan kayu dengan menggunakan ketam.
Langkah kedua
Setelah itu, bahagian yang perlu dipotong akan digergaji. Mengikut ukuran yang diberi, satu bahagian daripada kayu akan digergaji dan menyerupai separuh tanggam lekap.
Langkah ketiga
Bahagian yang perlu dipahat mempunyai tiga bahagian iaitu, lubang yang perlu dipahat habis, dipahat separuh dan perparitan 45 darjah. Bahagian ini hendaklah dipahat dan dikikir dasarnya bagi mendapatkan kerataan. Sewaktu memahat, pahat hendaklah dicondongkan 45 darjah bagi memudahkan dan menjaga kayu.
Langkah keempat
Kemasan akan dilakukan pada bahagian yang kasar dan tidak rata.
Langkah kelima
Bahagian yang digergaji dan perparitan 45 darjah hendaklah diuji ketepataanya menggunakan sesiku L
Langkah keenam
Uji ketepatan dan kerataan lubang-lubang