1 PENGENALAN PROJEK
Amali 2 pula kami didedahkan dengan kaedah memahat yang pelbagai. Pahat kayu terbahagi kepada dua iaitu pahat pelubang dan pahat meraut. Bahagian pemegang atau hulu pahat diperbuat daripada kayu atau plastik yang tahan diketuk dan tahan lama. Cara penggunaan pahat ini juga amatlah penting dalam memastikan kerja yang dibuat rata dan kemas.
2. LUKISAN BUTIRAN PROJEK
3) BAHAN PROJEK
4) PERALATAN YANG DIGUNAKAN
- ALAT MENANDA & MERANCANG TANDA
Pita pengukur
Fungsi : digunakan untuk mengukur jarak yang lebih panjang dari pembaris keluli.
Sesiku L
Fungsi : menguji ketepatan sudut 90 darjah, kepersegian tepi kayu, kerataan permukaan kayu dan membuat garisan bersudut tepat.
Tolok penanda
Fungsi : membuat garisan selari dengan muka atau tepi kayu dan memannda tebal atau lebar beberapa kepingan kayu
Pahat
Fungsi :
Pahat peraut : kerja-kerja meraut serperti mengemaskan tanggam
Pahat pelubang : diketuk dengan gandin untuk membuat lubang atau kerja-kerja kasar
Pengukir : kerja menatal tanggam dan membersihkan bucu tanggam
Pahat kuku : untuk mendapatkan permukaan yang melengkung
- ALAT MENGAPIT DAN MENYANGGA
Ragum meja
Fungsi : memegang benda kerja semasa ia dikerjakan
Apit g
Fungsi : mengapit kayu yang hendak digerudikan, dipahat dan dipotong.
- ALAT MENGENTAM DAN MEMOTONG
Gergaji puting
Fungsi : memotong kayu bersaiz kecil dan memotong tanggam kayu
- ALAT MENUKUL DAN MEMUTAR
Gandin kayu
Fungsi : kerja pemasangan projek dan menukul pahat.
5) LANGKAH KERJA MENGHASILKAN PROJEK
Langkah pertama
Kayu yang dipotong dan diberikan kepada ditandai mengikut ukuran projek yang telah diberi. Setelah itu, bahagian yang hendak dipotong dan dipahat akan di tanda dengan huruf ‘X’ bagi mengelakkan kekeliruan. Sebelum itu kami meratakan kawan permukaan kayu dengan menggunakan ketam.
Langkah kedua
Setelah itu, bahagian yang perlu dipotong akan digergaji. Mengikut ukuran yang diberi, satu bahagian daripada kayu akan digergaji dan menyerupai separuh tanggam lekap.
Langkah ketiga
Bahagian yang perlu dipahat mempunyai tiga bahagian iaitu, lubang yang perlu dipahat habis, dipahat separuh dan perparitan 45 darjah. Bahagian ini hendaklah dipahat dan dikikir dasarnya bagi mendapatkan kerataan. Sewaktu memahat, pahat hendaklah dicondongkan 45 darjah bagi memudahkan dan menjaga kayu.
Langkah keempat
Kemasan akan dilakukan pada bahagian yang kasar dan tidak rata.
Langkah kelima
Bahagian yang digergaji dan perparitan 45 darjah hendaklah diuji ketepataanya menggunakan sesiku L
Langkah keenam
Uji ketepatan dan kerataan lubang-lubang
6) APAKAH MASALAH YANG DIHADAPI DAN CARA MENGATASI
Masalah yang dihadapi :
masalah yang dihadapi ialah saya tidak sempat membua kemasan pada kayu saya disebabkan terlalu banyak masa dihabiskan ketika mengergaji dan memahat kayu
Penyelesaian
Saya mengambil inisiatif untuk menggunakan baki masa sebelum menghantar projek, untuk melakukan kemasan.
Masalah yang dihadapi :
-masalah kedua yang saya hadapi adalah lubang yang dibuat pecah. Ini disebabkan saya memahat dengan cara yang salah
Penyelesaian
Saya membetulkan kembali posisi pahat saya pada kayu dan memastikan pahat saya condong sewaktu kerja dilakukan.
7) REFLEKSI
Melalui amali projek memahat ini, kemahiran memahat saya dapat ditingkatkan. Saya mengenal pasti cara yang sebetulnya untuk menggunkan pahat setelah melakukan kesilapan. Memahat amat penting untuk memastikan kerataan dan ketepatan lubang dan perparitan yang dibuat.
Ianya secara tidak langsung juga melatih diri saya untuk meneliti setiap kerja yang dilakukan dan berhati-hati. Ketelitian dan ketepatan amat perlu didalam kehidupan kita bagi memastikan setiap pekerjaan yang dilakukan berjalan dengan lancer.