7) REFLEKSI

 

Melalui amali projek membina tanggam ini ianya banyak memberikan saya manfaat bukan sekadar pertambahan ilmu mengenai pertukangan malahan dari segi lahiriah.

Pertama, amali projek ini lebih menekankan penggunaan tangan bagi membiasakan kami bakal guru dengan alatan tangan yang merupakan asas kepada pertukangan. Kedua, amali projek tanggam ini melatih saya untuk sentiasa yakin dengan kerja penghasilan yang dilakukan untuk memastikan masa penyiapan projek tidak disia-siakan dengan pertanyaan tak sepatutnya.

Selain itu, amali projek tanggam ini, melatih saya membina kepercayaan pada diri yang mana amat penting untuk bergelar sebagai guru. Amali ini juga mengajar saya untuk sentiasa bersabar dan memikirkan alternatif lain sekiranya perkara berlaku tidak seperti yang dirancang.