1) PENGENALAN PROJEK
RSS
Tanggam merupakan 2 bahagian kayu yang dipotong dan dicantumkan bagi tujuan untuk memberikan pegangan yang rapat dan teguh. Penggunaan tanggam digunakan secara meluas dalam pertukangan kayu dan pembuatan perabot.
Tanggam lekap mempunyai beberapa jenis iaitu
- Tanggam lekap siku/berpenjuru
Tanggam ini digunakan pada sudut pemidang yang kecil
- Tanggam lekap penjuru rencong
Digunakan untuk membuat kumai seperti rangka gambar kerana pelitupnya dapat melindungi ira hujung kayu
- Tanggam lekap T
Digunakan dalam pembinaan pemidang pada lintang bertemu dengan pemidang tegak secarabersilang dan jauh dari hujungnya
- Tanggam lekap bajang T
Serupa dengan lekap T tetapi lagi kuat menahan tarikan sebelah luar
- Tanggam lekap palang
Digunakan pada dua permukaan kayu yang bersilang
2) LUKISAN BUTIRAN PROJEK KAYU
3) BAHAN PROJEK
4) PERALATAN YANG DIGUNAKAN
4) Peralatan yang digunakan
4.1 Alat menanda fan merancang tanda
- Pita Pengukur
Fungsi : digunakan untuk mengukur jarak yang lebih panjang dari pembaris keluli dan berukuran antara 3 hingga 6 meter
- Tolok serong
Fungsi : digunkan untuk menanda dan memindahkan sudut yang bukan 90 darjah. Skru pelaras digunakan untuk melonggar dan mengetatkan bilah tolok serong
- Sesiku L
Fungsi : membuat garisan bersudut tepat 90 Drjah, menguji kepersegian dan keratin permukaan kayu
4.2 Alat mengapit dan menyangga
- Apit G
Fungsi : mengapit kayu ketika proses mengglukan 2 kepingan kayu dan memegang kayu semasa hendak digerudikan, dipahat atu digergajikan.
- Ragum meja
Fungsi : memegang benda kerja semasa ianya dikerjakan
4.3 Alat mengetam dan memotong
- Kikir parut
Fungsi : Meratakan permukaan kayu dan membina pada kayu
- Gergaji puting
Fungsi : memtong kayu dengan lurus untuk membina tanggam
4.4 Alat menukul dan memutar
- Gandin kayu
Fungsi : Digunakan untuk memasang dan menanggalkan tanggam
5) LANGKAH KERJA MENGHASILKAN PROJEK
- Langkah 1
Untuk menghasilkan projek langkah pertama yang perlu dibuat ialah memahami lukisan projek kayu dan menanda mengikut lukisan yang diberi. Ianya penting dalammeastikan kerja seterusnya yang akan dilakukan.
- Langkah 2
Kayu yang panjangnya berukuran 360 mm hendaklah dipastikan bahagian soket dan pin melalui tandaan ukuran yang dibuat pada kayu. Bahagian tersebut hendaklah ditanda dengan ‘X’ supaya tidak memotong yang tidak sepatutnya. Kayu yang panjang tersebut akan dipotong untuk memisahkan pin dan soket.
- Langkah 3
Setelah bahagian kayu untuk pin dan soket dikenalpasti, proses mengergaji akan dilakukan dengan mengunakan gergaji puting. Sebelum mengergaji, kayu hendaklah diapit mengunakan apit G atau ragum meja untuk menjaga kayu projek. Sisa gergaji yang kasar pada permukaan kayu akan dibersihkan menggunakan kikir parut.
- Langkah 4
Lekapkan pin di atas kayu soket untuk menguji kesesuaian. Ianya untuk memastikan adakah kayu untuk pin dan soket bercantum atasu tidak. Proses ini penting untuk membaiki kekurangan tanggam.
- Langkah 5
Pin dan soket akan dibersihkan dan dibaiki kekurangannya dengan mengergaji atau mengikir lebihan pin atau soket.
- Langkah 6
Pin dan soket akan dicantumkan kembali dengan menukul menggunakan pahat. Tanggam yang ketat adalah tanggam yang elok.
6) MASALAH YANG DIHADAPI DAN CARA MENGATASI
- Masalah yang dihadapi ketika saya menyiapkan projek tanggam ini adalah pemotongan kayu saya yang senget dan tidak mengikut ukuran. Setelah diperhatikan ianya disebabkan oleh cara saya memegang gergaji puting yang salah.
Cara saya mengatasi ialah saya membetulkan semula cara memegang gergaji putting dan postur ketika mengergaji dengan betul. Ini menyebabkan kayu yang saya potong selepas itu menjadi lurus dan mengikut penandaan yang telah saya buat.
- Masalah kedua yang saya hadapi ialah, kekurangan masa dalam menyiapkan projek tanggam disebabkan saya meragui tanggam saya dan sering bertanya kepada kawan sewaktu pembuatan projek.. Akhirnya ianya menyebabkan saya kekurangan masa dalam meratakan permukaan kayu tanggam yang kasar.
Cara saya mengatasi ialah, saya memahami sebetulnya lukisan projek saya dan berbincang dengan kawan saya sebelum projek dimulakan dan bukannya ketika perlaksaan projek.
7) REFLEKSI
Melalui amali projek membina tanggam ini ianya banyak memberikan saya manfaat bukan sekadar pertambahan ilmu mengenai pertukangan malahan dari segi lahiriah.
Pertama, amali projek ini lebih menekankan penggunaan tangan bagi membiasakan kami bakal guru dengan alatan tangan yang merupakan asas kepada pertukangan. Kedua, amali projek tanggam ini melatih saya untuk sentiasa yakin dengan kerja penghasilan yang dilakukan untuk memastikan masa penyiapan projek tidak disia-siakan dengan pertanyaan tak sepatutnya.
Selain itu, amali projek tanggam ini, melatih saya membina kepercayaan pada diri yang mana amat penting untuk bergelar sebagai guru. Amali ini juga mengajar saya untuk sentiasa bersabar dan memikirkan alternatif lain sekiranya perkara berlaku tidak seperti yang dirancang.