6) MASALAH YANG DIHADAPI DAN CARA MENGATASI

 

  • Masalah yang dihadapi ketika saya menyiapkan projek tanggam ini adalah pemotongan kayu saya yang senget dan tidak mengikut ukuran. Setelah diperhatikan ianya disebabkan oleh cara saya memegang gergaji puting yang salah.

 

Cara saya mengatasi ialah saya membetulkan semula cara memegang gergaji putting dan postur ketika mengergaji dengan betul. Ini menyebabkan kayu yang saya potong selepas itu menjadi lurus dan mengikut penandaan yang telah saya buat.

 

  • Masalah kedua yang saya hadapi ialah, kekurangan masa dalam menyiapkan projek tanggam disebabkan saya meragui tanggam saya dan sering bertanya kepada kawan sewaktu pembuatan projek.. Akhirnya ianya menyebabkan saya kekurangan masa dalam meratakan permukaan kayu tanggam yang kasar.

 

Cara saya mengatasi ialah, saya memahami sebetulnya lukisan projek saya dan berbincang dengan kawan saya sebelum projek dimulakan dan bukannya ketika perlaksaan projek.