Berikut merupakan langkah-langkah kerja bagi amali 1:
Langkah 1
i. Membuat ukuran dan menanda pada kayu yang digunakan menggunakan peralatan yang betul.
ii. Memastikan penandaan yang dibuat adalah tepat.
Langkah 2
i. Memasang apit G pada meja kerja sebelum melakukan sesi pemotongan kayu.
ii. Memastikan apit G dipasang ketat bagi mengelakkan pergerakan kayu sepanjang sesi pemotongan dijalankan.
Langkah 3
i. Memotong sisi hujung kayu dengan menggunakan gergaji puting mengikut seperti dalam lukisan butiran projek bagi amali 1 ' Tanggam' .
Langkah 4
ii. Meratakan permukaan kayu dengan menggunakan kikir setelah kerja pemotongan kayu dibuat.
Langkah 5
i. Membahagikan kayu kepada dua bahagian setelah satu bahagian seperti dalam lukisan butiran projek selesai.
ii. Memastikan kayu yang dipotong tidak lari dari dimensi ditetapkan.
Langkah 6
i. Menandakan kawasan yang hendak dipahat.
ii. Memulakan kerja memahat dengan menggunakan pahat yang betul.
iii. Memahat dengan berhati-hati bagi mengelakkan kerosakan pada kayu.
iv. Meratakan permukaan yang dipahat bagi memastikan kerataan hasil projek.
Langkah 7
i. Membuat semakan akhir kerja kayu sebelum dihantar untuk dinilai pensyarah,
ii. Kerja kayu amali 1 siap dihasilkan untuk dinilai pensyarah.