SPPE 1102 AMALI 1

Lukisan Butiran Projek

Berikut adalah merupakan lukisan bagi projek amali 1 yang dijalankan : 

 

i. Di dalam lukisan butiran ini terdapat dimensi ukuran yang perlu digunakan sebagai panduan mahasiswa/i dalam melakukan kerja kayu amali 1.

ii. Jika dilihat dari lukisan butiran ini, kayu ini akan dipotong dua bagi menghasilkan tanggam. 

 

Picture1.jpg

 

Details

Masalah yang Dihadapi dan Kaedah Mengatasinya

Terdapat masalah yang dihadapi semasa melakukan kerja kayu amali 1 ini. Salah satu darinya adalah cara penggunaan yang salah. 

 

Screenshot_20191021-045246_Video Player.jpg

 

  •  Kerja memahat saya dipantau oleh Encik Din dan beliau memberi ulasan berkenaan cara saya menggunakan pahat dan cara saya memahat. 

 

Screenshot_20191021-045253_Video Player.jpg

 

  • Encik Zul mula menunjukkan cara dan gambaran yang jelas berkenaan cara penggunaan pahat dan cara memahat yang betul.

 

Kaedah mengatasi;

 

  1. Setelah diberi ulasan berkenaan cara saya menggunakan pahat, saya telah menukar gaya saya menggunakan pahat dengan betul. 
  2. Membetulkan cara saya memegang pahat.
  3. Membetulkan cara saya memegang gandin kayu.
  4. Membetulkan cara saya memahat kayu.
  5. Menggunakan posisi memahat yang betul.
  6. Memahat kayu dengan sudut yang betul.

 

Details

Langkah Kerja Menghasilkan Projek

Berikut merupakan langkah-langkah kerja bagi amali 1:

 

Langkah 1

 

Screenshot_20191021-045336_Video Player.jpg

 

 i. Membuat ukuran dan menanda pada kayu yang digunakan menggunakan peralatan yang betul.

ii. Memastikan penandaan yang dibuat adalah tepat.

 

Langkah 2

 

20190923_152344.jpg

 

i. Memasang apit G pada meja kerja sebelum melakukan sesi pemotongan kayu.

ii. Memastikan apit G dipasang ketat bagi mengelakkan pergerakan kayu sepanjang sesi pemotongan dijalankan. 

 

Langkah 3

 

20190930_145550.jpg

 

20190923_150831.jpg

 

i. Memotong sisi hujung kayu dengan menggunakan gergaji puting mengikut seperti dalam lukisan butiran projek bagi amali 1 ' Tanggam' .

 

Langkah 4

20190930_152626.jpg.1

 

ii. Meratakan permukaan kayu dengan menggunakan kikir setelah kerja pemotongan kayu dibuat.

 

Langkah 5

 

20190930_153713.jpg

 

i. Membahagikan kayu kepada dua bahagian setelah satu bahagian seperti dalam lukisan butiran projek selesai.

ii. Memastikan kayu yang dipotong tidak lari dari dimensi ditetapkan.

 

Langkah 6

 

20190923_152915.jpg

 

i. Menandakan kawasan yang hendak dipahat.

ii. Memulakan kerja memahat dengan menggunakan pahat yang betul.

iii. Memahat dengan berhati-hati bagi mengelakkan kerosakan pada kayu. 

iv. Meratakan permukaan yang dipahat bagi memastikan kerataan hasil projek.

 

Langkah 7

 

20190930_163452.jpg

 

i. Membuat semakan akhir kerja kayu sebelum dihantar untuk dinilai pensyarah,

ii. Kerja kayu amali 1 siap dihasilkan untuk dinilai pensyarah.

 

Details

Peralatan yang digunakan

Berikut adalah merupakan peralatan- peralatan yang digunakan untuk membuat projek amali 1;

 

20190923_152225.jpg

20190930_142313.jpg.1

 

Rajah-rajah diatas ini menunjukkan peralatan yang digunakan sepanjang menghasilkan kerja-kerja amali 1

 

1. Alat menanda dan merancang 

 

i. Pensil tukang kayu digunakan bagi tujuan menanda dan membuat garisan pada bahan.

- Cara penggunaan adalah dengan meletakkan mata pensel rapat pada pembaris dan tandakan atau gariskan pada bahan.

ii. Sesiku L digunakan bagi menguji ketepatan sudut 90 darjah, menguji kerataan permukaan bahan dan membuat garisan bersudut tepat. 

- Cara penggunaan adalah dengan rapatkan badan sesiku L ke bahagian sisi kayu dan gariskan bahagian yang hendak diukur dengan pensil. 

 

2. Alat mengapit dan menyangga

 

i. Apit G digunakan bagi tujuan memegang kayu yang hendak dipahat, digerudikan atau digergajikan selain daripada digunakan untuk proses mengglukan dua kepingan kayu. 

- Cara penggunaan adalah dengan meletakkan bersama kayu-kayu kecil untuk melindungi permukaan bahan kayu yang diapit.

 ii. Ragum meja digunakan bagi tujuan memegang benda kerja semasa ianya dikerjakan.

- Cara Penggunaan adalah dengan meletakkan bersama kayu-kayu kecil untuk melindungi permukaan bahan kayu yang diapit bagi mengelakkan kerosakan permukaan kayu. 

 

3. Alat memahat dan memotong

 

i. Gergaji puting digunakan bagi tujuan untuk memotong kayu bersaiz kecil dan memotong tanggam kayu. 

- Cara penggunaan adalah dengan memegang gergaji puting dengan betul dengan sudut memotong yang betul diatas permukaan kayu. 

ii.  Pahat digunakan bagi tujuan untuk kerja meraut dan kerja menatal tanggam.

- Cara penggunaan  adalah dengan menggunakan pahat dengan saiz dan posisi sudut yang betul.

 

4. Alat menukul dan memutar

 

i. Gandin Kayu digunakan bagi  tujuan untuk kerja pemasangan projek dan menukul pahat dan diperbuat daripada kayu keras.

-Cara penggunaan adalah dengan memegang pemegang dengan betul dan menggunakan kepala segi empat dengan pahat. 

Details

Bahan Projek

Berikut merupakan bahan yang digunakan untuk melakukan projek;

 

i. Bahan yang digunakan bagi menghasilkan projek adalah kayu.

ii. Kayu adalah bahan yang banyak digunakan dalam pembinaan perabut.

iii. Antara jenis-jenis kayu yang terdapat adalah cengal, jelutong, meranti dan sepetir.

iv. Saiz kayu ditentukan mengikut tebal, lebar dan panjang. 

v. - Kayu yang digunakan bagi projek ini mempunya ketebalan 20 mm dan lebar 45 mm.

 

Picture2.jpg

 

 

Details