Berikut adalah merupakan peralatan- peralatan yang digunakan untuk membuat projek amali 1;
Rajah-rajah diatas ini menunjukkan peralatan yang digunakan sepanjang menghasilkan kerja-kerja amali 1
1. Alat menanda dan merancang
i. Pensil tukang kayu digunakan bagi tujuan menanda dan membuat garisan pada bahan.
- Cara penggunaan adalah dengan meletakkan mata pensel rapat pada pembaris dan tandakan atau gariskan pada bahan.
ii. Sesiku L digunakan bagi menguji ketepatan sudut 90 darjah, menguji kerataan permukaan bahan dan membuat garisan bersudut tepat.
- Cara penggunaan adalah dengan rapatkan badan sesiku L ke bahagian sisi kayu dan gariskan bahagian yang hendak diukur dengan pensil.
2. Alat mengapit dan menyangga
i. Apit G digunakan bagi tujuan memegang kayu yang hendak dipahat, digerudikan atau digergajikan selain daripada digunakan untuk proses mengglukan dua kepingan kayu.
- Cara penggunaan adalah dengan meletakkan bersama kayu-kayu kecil untuk melindungi permukaan bahan kayu yang diapit.
ii. Ragum meja digunakan bagi tujuan memegang benda kerja semasa ianya dikerjakan.
- Cara Penggunaan adalah dengan meletakkan bersama kayu-kayu kecil untuk melindungi permukaan bahan kayu yang diapit bagi mengelakkan kerosakan permukaan kayu.
3. Alat memahat dan memotong
i. Gergaji puting digunakan bagi tujuan untuk memotong kayu bersaiz kecil dan memotong tanggam kayu.
- Cara penggunaan adalah dengan memegang gergaji puting dengan betul dengan sudut memotong yang betul diatas permukaan kayu.
ii. Pahat digunakan bagi tujuan untuk kerja meraut dan kerja menatal tanggam.
- Cara penggunaan adalah dengan menggunakan pahat dengan saiz dan posisi sudut yang betul.
4. Alat menukul dan memutar
i. Gandin Kayu digunakan bagi tujuan untuk kerja pemasangan projek dan menukul pahat dan diperbuat daripada kayu keras.
-Cara penggunaan adalah dengan memegang pemegang dengan betul dan menggunakan kepala segi empat dengan pahat.