MOHAMMAD RIDZWAN SYAH BIN IRWAN's Reflection

Technology Information System Class

First time saya masuk kelas TIS(singkatan untuk Technology Information System), saya agak terkejut!!! Kenapa? sebab saya sudah belajar subjek ni di matrikulasi (tak semua). Namun, saya sangat suka berada dalam kelas ni sebab setiap minggu ada benda baru saya perlu buat. Contohnya, report, presentation dan talk/visit. Walaupun, first time tu agak menyampah juga lah dengan assignment yang banyak, tapi saya sangat bersyukur pada akhirnya. Sebabnya adalah kini saya lebih yakin untuk bercakap di hadapan jika membuat presentation, saya semakin mahir buat report and terima kasih sebab bawa saya jalan - jalan sekitar Johor. Bak kata pepatah, berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian. Terima kasih kepada DR Azizah sebab banyak mengajar saya benda baru. Brilliant.

One Semester In UTM

Peluang untuk belajar di Universiti Teknologi Malaysia adalah antara perkara yang paling manis buat saya. Hari pertama saya datang ke UTM, saya agak risau jika saya tidak dapat menyesuaikan diri di persekitaran yang baru ini. Namun, perkara yang sebaliknya telah berlaku. Saya sangat senang, saya menerima tawaran untuk datang ke sini. Walaupun pelajaran di sini adalah sangat sukar, ianya semua bergantung kepada saya. Masalah saya yang paling utama di sini adalah duit. Kenapa duit saya cepat habis???? Entah, saya guna untuk makan jak pun. Hrmmm! Final exam pun dah nak dekat, jadi doakan yang terbaik untuk saya. Mudah - mudahan tidak ada lah yang mahu di ulang. Tapi, overall saya suka di sini.