Peluang untuk belajar di Universiti Teknologi Malaysia adalah antara perkara yang paling manis buat saya. Hari pertama saya datang ke UTM, saya agak risau jika saya tidak dapat menyesuaikan diri di persekitaran yang baru ini. Namun, perkara yang sebaliknya telah berlaku. Saya sangat senang, saya menerima tawaran untuk datang ke sini. Walaupun pelajaran di sini adalah sangat sukar, ianya semua bergantung kepada saya. Masalah saya yang paling utama di sini adalah duit. Kenapa duit saya cepat habis???? Entah, saya guna untuk makan jak pun. Hrmmm! Final exam pun dah nak dekat, jadi doakan yang terbaik untuk saya. Mudah - mudahan tidak ada lah yang mahu di ulang. Tapi, overall saya suka di sini.