Pada 27/10/2022 , saya telah menyertai program virtual bonding yang diadakan oleh Kelab GPS. Dalam program ini, saya mampu berkomunikasi dengan baik bersama rakan-rakan yang baharu saya kenal di dalam kelab ini. Saya sangat gembira kerana saya mempunyai kawan baharu.
Terdapat banyak aktiviti yang menarik dalam program ini. Salah satunya adalah kami perlu menyusun puzzle secara atas talian di dalam aplikasi GOOGLE MEET dalam masa yang ditetapkan. Kami bertungkus lumus untuk menyiapkan puzzle tersebut kerana kami ingin memenangi hadiah,
Aktiviti lain yang dilakukan adalah menjawab quiz tentang hak hak pengguna dengan pantas. Kami membentu satu kumpulan dan berfikir dengan pantas dan akhirnya kami memenangi tempat kedua.
Saya sangat gembira walaupun ianya atas talian, tetapi aktiviti ini mampu mengeratkan silaturrahim antara ahli kelab.