REPORT ACTIVITY NO 1

GPS VIRTUAL BONDING

MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh : 27/10/2021

Tempat : Atas Talian

Penganjur : GPS (Gerakan Pengguna Siswa)

Details

ATRIBUT GRADUAN

1. Kemahiran kepimpinan

2. Kemahiran berkomunikasi

3. Kemahiran kerja berpasukan

Details

JAWATAN DALAM PROGRAM

Peserta

Details

RINGKASAN PROGRAM

Pada 27/10/2022 , saya telah menyertai program virtual bonding yang diadakan oleh Kelab GPS. Dalam program ini, saya mampu berkomunikasi dengan baik bersama rakan-rakan yang baharu saya kenal di dalam kelab ini. Saya sangat gembira kerana saya mempunyai kawan baharu. 

Terdapat banyak aktiviti yang menarik dalam program ini. Salah satunya adalah kami perlu menyusun puzzle secara atas talian di dalam aplikasi GOOGLE MEET dalam masa yang ditetapkan. Kami bertungkus lumus untuk menyiapkan puzzle tersebut kerana kami ingin memenangi hadiah, 

Aktiviti lain yang dilakukan adalah menjawab quiz tentang hak hak pengguna dengan pantas. Kami membentu satu kumpulan dan berfikir dengan pantas dan akhirnya kami memenangi tempat kedua. 

Saya sangat gembira walaupun ianya atas talian, tetapi aktiviti ini mampu mengeratkan silaturrahim antara ahli kelab. 

Details

REFLEKSI DIRI

Saya sangat bersyukur kerana telah menyertai aktiviti GPS VIRTUAL BONDING REFLECTION yang telah diadakan oleh kelab GPS. Hal ini kerana, saya dapat mengetahui lebih lanjut tentang kelab ini dan apakah tujuan utama penyertaan kelab ini. Pengalaman ini adalah sangat bermakna bagi saya kerana saya merupakan seorang yang pasif terutamanya untuk menyertai program-program sebegini. Jadi, apabila saya menghadiri program ini, semestinya saya memberikan yang terbaik dan saya akui, saya tidak menyesal untuk berada sepanjang program tersebut. Sepanjang program ini dijalankan, saya dapat lihat komitmen dan kerjasama yang tinggi yang diberikan oleh kesemua ahli-ahli. Sesungguhnya, perkara-perkara demikian sangat membantu dalam meningkatkan motivasi kami. Seterusnya, tidak syak lagi, penglibatan murid secara aktif, menunjukkan minat yang mendalam serta kerjasama yang erat antara mereka memudahkan lagi perjalanan program ini. Demikian sahaja refleksi saya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Terima kasih.

Details