Pada 21/10/2020, saya telah menghadirkan diri ke UNBOCS CARNIVAL. Hal ini kerana saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang kelab-kelab yang aktif di UTM ini. Saya dapat mempelajari apakah aktiviti yang mereka lakukan untuk pelajar UTM bagi mengasah lagi bakat mereka. Mereka menjelaskan aktiviti-aktiviti apakah yang mereka lakukan agar kelab mereka menjadi aktif.