UNIFORM BODIES, CLUB AND SOCIETY CARNIVAL
MAKLUMAT PROGRAM
ATRIBUT GRADUAN
RINGKASAN LAPORAN
Pada 21/10/2020, saya telah menghadirkan diri ke UNBOCS CARNIVAL. Hal ini kerana saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang kelab-kelab yang aktif di UTM ini. Saya dapat mempelajari apakah aktiviti yang mereka lakukan untuk pelajar UTM bagi mengasah lagi bakat mereka. Mereka menjelaskan aktiviti-aktiviti apakah yang mereka lakukan agar kelab mereka menjadi aktif.
REFLEKSI DIRI
Saya sangat bersyukur kerana telah menyertai aktiviti GPS VIRTUAL BONDING REFLECTION yang telah diadakan oleh kelab GPS. Hal ini kerana, saya dapat mengetahui lebih lanjut tentang kelab ini dan apakah tujuan utama penyertaan kelab ini. Pengalaman ini adalah sangat bermakna bagi saya kerana saya merupakan seorang yang pasif terutamanya untuk menyertai program-program sebegini. Jadi, apabila saya menghadiri program ini, semestinya saya memberikan yang terbaik dan saya akui, saya tidak menyesal untuk berada sepanjang program tersebut. Sepanjang program ini dijalankan, saya dapat lihat komitmen dan kerjasama yang tinggi yang diberikan oleh kesemua ahli-ahli. Sesungguhnya, perkara-perkara demikian sangat membantu dalam meningkatkan motivasi kami. Seterusnya, tidak syak lagi, penglibatan murid secara aktif, menunjukkan minat yang mendalam serta kerjasama yang erat antara mereka memudahkan lagi perjalanan program ini. Demikian sahaja refleksi saya. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Terima kasih.