SINAR: KURSUS ASAS BAHASA PERANCIS

MAKLUMAT RINGKAS PROGRAM: Intensif Kursus Asas Bahasa Perancis ini telah dirumus khas untuk membimbing pelajar-pelajar menambah keyakinan bertutur dalam Bahasa Perancis sambil memberi pendedahan pelajar tentang  kosakata, tatabahasa dan sebutan dalam suasana pembelajaran yang menarik dan penuh dengan gerak kerja dan kegiatan sesuai dengan pelajar baru yang ingin mempelajari Perancis.


TARIKH: 13 November 2021

TEMPAT: Webex

PENGANJUR: 

  • Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KTDI 21/22
  • Inisiatif Jana Kemahiran Siswa Resak (SINAR)

JAWATAN DISANDANG: Bendahari

Thinking Skills (KEMAHIRAN BERFIKIR)

  1. Mini report

    SINAR: Kursus Asas Bahasa Perancis merupakan  program yang dikendalikan oleh biro saya iaitu biro penajaan dan keusahawanan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Dr. Ismail 2021/2022. Memeberi nilai tambah merupakan salah satu faktor saya menyertai program ini. Sambil menyelam sambil minum air adalah apa yang dapat saya gambarkan apabila saya dapat mempelajari bahasa Perancis dengan penceramah serta menjadi sebhagian dari ahli pelaksana program. Atribut Graduan yang ingin saya beri tumpuan iaitu kemhiran berfikir. Hal ini kerana program ini melibatkan kemahiran berfikir bagi menyelsaikan sausatu masalah. Program dijalan kan pada 13 November 2021, bermula pada 8.45 pagi sehingga 11.15 pagi. Kami telah menjemput ChM. Dr Mohd Akmali bin Mokhter selaku penceramah kami bagi Kursus Bahasa Perancis ini dan RM 2.00 sahaja untuk setiap pendaftaran.  Beliau banyak memberikan ilmu kepada peserta dan menceritakan pengalaman menyambung pelajaran di Perancis. Program dimulakan pada pukul 9 pagi dengan kata aluan dari moderator dan sedikit pengenalan mengenai penceramah jemputan. Terdapat dua aktiviti dijalanka semasa program iaitu kuiz dan ceramah.  Akhir sekali, semua peserta dapat mengetahui lebih lanjut tentang kosa kata dan cara sebutan di dalam bahasa Perancis serta pemenang kuiz diberikan saguhati.


  2. Self-reflection
    Atribut Graduan yang ditumpukan iaitu kemhiran berfikir sangat memainkan peranan penting sebelum, semasa dan selepas menjalankan program. Banyak prosedur yang diperlukan bagi menjayakan program. Pelaksanaan program SINAR: Kursus Bahasa Perancis ketika mengalami beberapa kesulitan kerana terdapat program lain dijalankan sehari sebelum program berlansung. Oleh hal yang demikian kemahiran berfikir yang kritis amat diperlukan bagi mengelakkan sebarang masalah timbul dan melancarkan aturcara program. Kelebihan menyertai program ini sudah tentunya merit UTM dan ecert. Saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran berfikir secara menyeluruh apabila dapa memberi solusi dan menbahagikan waktu secara efisien sewaktu menjalankan program. Banyak cabaran dan masalah timbul yang tidak dapat dielakkan abila mahu melaksanakan sebuah program. Contohnya, sebagai bendahari, perlu mengumpul wang pendaftaran pelajar dan menyemak segala butiran peserta bagi mengelakkan sebarang penipuan dan konfirmasi. Akan tetapi, akaun bank digunakan bukanlah milik saya, dan terdapat sikit percanggahan apabila menyemak butiran peserta dengan pihak pemilik akaun. Oleh sebab itu, saya pantas berfikir tentang solusi dan memutuskan penyemakkan akaun bank dan peserta berdaftar dilakukan pemeriksaan beberapa kali oleh semua majlis tertinggi program bagi mengelakkan salah informasi. Situasu tersebut banyak mengajar supaya kemahiran berfikir kritis sangat penting dalam menghadapi sebarang situasi yang tidak terjangka.