SINAR: KURSUS ASAS ADOBE ILLUSTRATOR
MAKLUMAT RINGKAS PROGRAM: Kursus Asas Adobe Illustrator diperlukan bagi mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan kemahiran dalam mereka bentuk bahan hebahan seperti poster dan banner di kalangan pelajar bagi menambahbaik nilai kemahiran diri dan membentuk professional dalam bidang designing.
TARIKH: 4 & 5 MAC 2022
TEMPAT: Webex
PENGANJUR:
- Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KTDI 21/22
- Inisiatif Jana Kemahiran Siswa Resak (SINAR)
JAWATAN DISANDANG: Pengarah
- Mini report
Saya menyertai program SINAR: Kursus Asas Adobe Illustrator kerana saya ingin mempelajari bagaimana ingin melaksanakan sesuatu program. Banyak ilmu dan pengalaman yang telah saya pelajari kerana program ini merupakan program pertama saya terpilih sebagai pengarah program. Secara tidak lansung, saya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan. Pada peringkat awal, kursus ini bukanlah kursus asas Adobe Illustrator, tetapi kursus kewangan. Namun atas sebab tertentu, ia diganti dengan kursus ini. Kursus ini dijalankan pada 4 dan 5 Mac 2022. Encik Azizul Azman merupakan penceramah jemputan yang diundang telah banyak memberikan kerjasama dengan pihak kami dan banyak menyampaikan ilmu kepada para peserta yang terlibat. Pada 4 Mac 2022, sesi bermula dengan pengenalan Adobe Illustrator dan semua peserta perlu melakukan latihan amali berkaitan nama program/company dan logo. Hari keesokkannya, semua peserta diminta mebuat poster dan beberapa siri penerangan berkaitan poster, logo dan sebagainya sehingga akhir program. - Self-reflection
Dengan menyertai program ini, saya dapat melatih kemahiran kepimpinan yang sangat penting kerana ini munujukkan potensi saya sebagai ketua dalam menguruskan sesuatu program. Saya juga lebih berani menyuarakan pendapat dan berjaya mengetuai sesi perbincangan dengan lancar. Saya juga sedar akan kepentingan kerja berpasukan dengan memberi peluang kepada ahli crew menyuarakan pendapat dan memberi penerangan bagi mengelakkan salah faham. Selain itu, kelebihan menyertai program sudah tentunya saya dapat pengalam menguruskan program, e-certificate dan juga merit UTM. Namun begitu, saya juga mengalami masalah pada peringkat awalnya kerana terdapat sedikit penambahan dari segi gerak kerja dan salah faham. Bagi pendapat saya, berbincang bersama semua ahli kumpulan merupakan jalan penyelesaian terbaik supaya ahli-ahli dapat diberi gambaran jelas tentang aturcara program dan pembahagian kerja yang adil.
Add comment
1 entry