Misi Pasca Banjir UTM 2021 diadakan ekoran berlakunya bencana Alam akibat dari keadaan cuasa hujan yang teruk pada Januari 2021. Melihat kepada beberapa kawasan yang terjejas teruk akibat banjir, pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah bekerjasama dengan Sekretariat Anak Johor Darul Takzim(SEJATI) dan juga Yayasan Pelajaran Johor untuk melaksanakan misi pasca banjir ini di Kampung Perpat and Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi selama 2 hari. Misi banjir ini melibatkan seramai 60 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan UTM, mahasiswa/wi dan juga orang awam. Sebanyak dua buah bas, dua buah van dan beberapa kenderaan lain yang digunakan sebagai pengangkutan sukarelawan ke lokasi yang terlibat. Pada 9 Januari 2021, kami telah bergerak ke Kampung Perpat , Kota Tinggi untuk melaksanakan aktiviti mengemas dan membersihkan rumah-rumah yang terkesan akibat dari banjir yang berlaku. Hari kedua bersamaan 10 Januari 2021, program diteruskan lagi dengan membantu mengemas dan membersihkan Sekolah Kebangsaan Bandar ,Kota Tinggi.Program ini mendapat perhatian yang baik oleh warga UTM dan juga orang awam di mana ianya merupakan satu program yang memumpuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.