Report Activity No.3 - MISI PASCA BANJIR UTM 2021

Maklumat Program

  • Date: 9-10 Januari 2021
  • Place: Kota Tinggi ,Johor.
  • Organizer: Jabatan Hal Ehwal Pelajar bersama Sekreteriat Anak Johor Darul Ta’zim (SEJATI)
Details

Jawatan dalam Program

Ketua Misi Banjir

Details

Atribut Siswazah

Kemahiran Berkomunikasi(CS)
CS2 Kebolehan menyampaikan idea secara lisan dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan.
CS3 Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas.
CS7 Kebolehan berkomunikasi dengan mereka yang mempunyai budaya dan latar belakang berlainan.


Kemahiran Berfikir (TH)
TH1 Kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat
penilaian yang berjustifikasi.
TH3 Kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif secara kreatif.
TH5 Kebolehan berfikir secara kritis.
TH6 Kebolehan berfikir secara holistik dan sistematik


Kemahiran Kepimpinan dan Berpasukan (TW)
TW1 Kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerjasama untuk mencapai objektif
kumpulan.
TW2 Kebolehan memimpin dan mempengaruhi ahli kumpulan bagi menyelesaikan tugasan yang diberi.
TW3 Kebolehan mengenali serta menghormati pandangan, sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain.


Kebolehsesuaian (AD)
AD2 Kebolehan mengenal pasti potensi diri dan persekitaran untuk penambahbaikan.
AD3 Kebolehan menyesuaian penyelesaian yang diketahui dalam situasi baharu.
AD5 Kebolehan bekerja secara berkesan dalam suasana yang mencabar.
AD5 Kebolehan bekerja secara berkesan dalam suasana yang mencabar.

Details

Laporan Mini

Misi Pasca Banjir UTM 2021 diadakan ekoran berlakunya bencana Alam akibat dari keadaan cuasa hujan yang teruk pada Januari 2021. Melihat kepada beberapa kawasan yang terjejas teruk akibat banjir, pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah bekerjasama dengan Sekretariat Anak Johor Darul Takzim(SEJATI) dan juga Yayasan Pelajaran Johor untuk melaksanakan misi pasca banjir ini di Kampung Perpat and Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi selama 2 hari. Misi banjir ini melibatkan seramai 60 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan UTM, mahasiswa/wi dan juga orang awam. Sebanyak dua buah bas, dua buah van dan beberapa kenderaan lain yang digunakan sebagai pengangkutan sukarelawan ke lokasi yang terlibat. Pada 9 Januari 2021, kami telah bergerak ke Kampung Perpat , Kota Tinggi untuk melaksanakan aktiviti mengemas dan membersihkan rumah-rumah yang terkesan akibat dari banjir yang berlaku. Hari kedua bersamaan 10 Januari 2021, program diteruskan lagi dengan membantu mengemas dan membersihkan Sekolah Kebangsaan Bandar ,Kota Tinggi.Program ini mendapat perhatian yang baik oleh warga UTM dan juga orang awam di mana ianya merupakan satu program yang memumpuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Details

Refleksi Kendiri

Misi Pasca Banjir 2021 merupakan kali pertama dalam hidup saya mengetuai satu program kemasyarakatan yang besar melibatkan orang awam, pelajar dan juga kakitangan dari Universiti Teknologi Malaysia. Apabila tiba di lokasi kejadian, saya dapat melihat rumah-rumah yang terkesan teruk akibat banjir yang berlaku. Ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk memimpin pasukan sukarelawan kali ini untuk membantu mereka yang memerlukan. Sepanjang program ini berlangsung, saya telah belajar untuk mempunyai tahap komunikasi yang lebih baik dimana saya perlukan membahagikan tugas, menyampaikan arahan dan maklumat dengan jelas supaya pasukan sukarelawan dapat bergerak dengan lancar dan efisen. Selain daripada itu, misi banjir ini juga telah melatih diri saya untuk bersikap lebih matang dalam membuat sebarang keputusan terutama sekali apabila mengetuai satu kumpulan yang besar dan terdiri dari pelbagai latar belakang. Untuk menunjukkan sikap seorang pemimpin yang baik, saya tidak lepas tangan dalam membantu rakan-rakan sepasukan yang lain untuk bersama-sama menjayakan misi pasca banjir ini. Berat sama dipikul , ringan sama dijinjing. Itulah situasi kami ketika bersama-sama mengerah keringat bagi membantu meringankan beban insan yang terkesan dalam bencana banjir tersebut. Tidak lupa juga, pada misi banjir ini, kami berpeluang untuk bersama-sama menghulurkan bantuan keperluan harian kepada mereka yang memerlukan. Kesimpulannya, Misi Pasca Banjir 2021 ini telah benyak mengajar saya untuk menjadi insan yang lebih terbaik pada masa akan datang.

Details

Gambar Program

WhatsApp Image 2022-01-11 at 12.50.47 AM.jpeg    WhatsApp Image 2022-01-11 at 12.53.29 AM.jpeg

 

WhatsApp Image 2022-01-11 at 12.53.29 AM (3).jpeg  WhatsApp Image 2022-01-11 at 12.53.29 AM (2).jpeg

 

WhatsApp Image 2022-01-11 at 12.50.47 AM (1).jpeg  

Details