Laporan Mini

Program UTM Engineering Distinguished Lecture Series, Biological Resources Energy; Pretreatments, Anaerobic Digestion and Fungi yang dianjurkan Fakulti Kejuruteraan ini telah dihadiri oleh pelbagai lapisan ahli-ahli akademik seperti pensyarah dan pelajar. Program ini telah dijalankan secara atas talian melalui Facebook Live. Program ini telah membincangkan berkenaan sumber baru yang membawa kebaikan kepada alam sekitar. 

 

Prof Mohammad J. Taherzadeh yang merupakan profesor dari University of Bor ås di Sweden telah memberi penerangan kepada para peserta program berkenaan pengenalan kepada Anaerobic Digestion serta proses dan kepentingannya. Program ini telah memberikan saya ilmu tambahan luar dari bidang pengajian saya memandangkan saya mempunyai minat yang tinggi berkenaan alam sekitar. Profesor Mohammad J. Taherzadeh telah menyampaikan maklumat dengan teratur dan jelas.

 

Program ini telah memberikan pelajar seperti saya kesarjanaan serta kemahiran berfikir dan amat sesuai untuk kesemua lapisan ahli akademik. Program seperti ini memberi perlu diteruskan kerana mendedahkan pelajar kepada sumber-sumber baharu kajian yang ada secara global.