Maklumat Program
Program UTM Engineering Distinguished Lecture Series Biological Resources Energy; Pretreatments, Anaerobic Digestion and Fungi adalah program yang dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan UTM. Jurucakap bagi program ini adalah Mohammad J. Taherzadeh adalah profesor dalam teknologi Bioprocess sejak tahun 2004 di University of Bor ås di Sweden.
Maklumat program ini adalah seperti berikut:
Tarikh Program: 8 Mac 2021
Tempat Program : Facebook LIve
Penganjur Program : Fakulti Kejuruteraan UTM
Atribut Siswazah
Program UTM Engineering Distinguished Lecture Series, Biological Resources Energy; Pretreatments, Anaerobic Digestion and Fungi merupakan program anjuran Fakulti Kejuruteraan UTM yang memfokuskan informasi berkenaan pemulihan sumber-sumber biologi. Melalui program ini saya telah mendapat kemahiran kesarjaan dimana saya memperoleh pengetahuan baharu berkenaan di mana bakteria memecah bahan organik - seperti kotoran haiwan, biosolid air sisa, dan sisa makanan tanpa adanya oksigen.
Saya juga mendapat kemahiran berfikir apabila Prof. Taherzadeh membuka soalan berkenaan bagaimana anaerobik berfungsi. Beliau merungkai satu persatu topik dan membuka luas minda saya berkenaan pra-rawatan dan proses pencernaan yang dilalui dengan tujuan untuk industri atau domestik untuk menguruskan sisa atau menghasilkan bahan bakar yang lebih selamat kepada alam sekitar.
Program ini juga menerapkan saya dengan kemahiran berkomunikasi dimana terdapat ruang diskusi dan soalan dibuka dimana saya telah bertanyakan soalan kepada Prof. Taherzadeh berkenaan "Proses ini tidaklah sepenuhnya karbon neutral dan adakah iannya benar selamat digunakan?". Soalan ini telah dijawab oleh Prof. Taherzadeh dengan mengakui ada beberapa output karbon tetapi dibandingkan dengan penggunaan karbon dan metana ditukarkan dengan biogas dibiarkan keluar ke atmosfera adalah sangat kecil jumlahnya. Program ini telah memberi banyak maklumat untuk saya berkenaan sumber baru dalam menjaga alam sekitar.
Kedudukan/ Peranan dalam Program
Dalam program ini saya berperanan sebagai peserta dari kalangan warga Universiti Teknologi Malaysia. Sebagai siswa dan warga UTM, saya perlu melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa jua aktiviti yang diadakan dan menyahut seruan Menteri Pendidikan Malaysia dalam pembelajaran sepanjang hayat dimana ia dapat membaiki kehidupan seseorang menerusi peningkatan kemahiran kerja, pembaikan sahsiah diri dan juga penambahan ilmu pengetahuan.
Laporan Mini
Program UTM Engineering Distinguished Lecture Series, Biological Resources Energy; Pretreatments, Anaerobic Digestion and Fungi yang dianjurkan Fakulti Kejuruteraan ini telah dihadiri oleh pelbagai lapisan ahli-ahli akademik seperti pensyarah dan pelajar. Program ini telah dijalankan secara atas talian melalui Facebook Live. Program ini telah membincangkan berkenaan sumber baru yang membawa kebaikan kepada alam sekitar.
Prof Mohammad J. Taherzadeh yang merupakan profesor dari University of Bor ås di Sweden telah memberi penerangan kepada para peserta program berkenaan pengenalan kepada Anaerobic Digestion serta proses dan kepentingannya. Program ini telah memberikan saya ilmu tambahan luar dari bidang pengajian saya memandangkan saya mempunyai minat yang tinggi berkenaan alam sekitar. Profesor Mohammad J. Taherzadeh telah menyampaikan maklumat dengan teratur dan jelas.
Program ini telah memberikan pelajar seperti saya kesarjanaan serta kemahiran berfikir dan amat sesuai untuk kesemua lapisan ahli akademik. Program seperti ini memberi perlu diteruskan kerana mendedahkan pelajar kepada sumber-sumber baharu kajian yang ada secara global.
Refleksi Kendiri
Berdasarkan program yang telah saya sertai, program ini telah membawa saya kepada menyertai satu bidang ilmu yang baharu. Ia telah membuka minda saya kepada isu-isu alam sekitar yang pernah saya ketahui dan tidak pernah saya ketahui seperti situasi pencemaran di Kutub Utara yang semakin meruncing.
Melalui program ini saya menyedari bahawa pembelajaran sepanjang hayat itu amat penting kerana dunia dan kemajuan itu berubah-ubah menyebabkan hasil kajian yang baru sentiasa diterokai dan ditemui dimana ia telah memberi kebaikan kepada masyarakat. Program ini membuatkan saya ingin mengatasi kelemahan saya yang kurang memikirkan berkenaan penambahbaikan ekosistem untuk alam sekitar.
Harapan saya setelah menyertai program ini adalah supaya Malaysia amnya warga UTM dapat menerapkan penjagaan alam sekitar dan memperbanyakkan lagi program seperti ini.