Berdasarkan program yang dijalankan, saya telah memperolehi pelbagai pengalaman serta nilai tambah dalam diri saya. Pengalaman yang saya perolehi meninggalkan kesan dalam diri saya. Sebagai seorang yang mempunyai personaliti pendiam (introvert) saya merasakan ini merupakan cabaran dan kejayaan dalam diri saya. Saya telah memperolehi kemahiran berkomunikasi dalam kelompok sosial yang luas dimana memerlukan saya bekerja dengan 88 sekreteriat yang lain serta saya telah diberi pendedahan untuk menjadi pengurus jualan tender penyewaan tapak gerai jualan memerlukan berinteraksi dengan para peniaga secara berdepan.
Program seperti ini membuka mata saya kepada pelbagai aspek seperti emosi dan sifat-sifat manusia. Dimana saya dapat melihat perbezaan emosi dan kemahiran berfikir manusia apabila bekerja dalam waktu-waktu genting seperti bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba memerlukan saya dan kumpulan unit gerai serta unit teknikal untuk berbincang dalam mengatasi masalah dan tekanan psikologi dari para peniaga yang menyewa tapak.
Saya juga mendapat pendedahan secara global melalui program ini dimana terdapat satu segmen "Global Village" yang melibatkan pelajarpelajar antarabangsa untuk mengenalkan dengan pelajar tempatan berkenaan etnik, budaya, pakaian tradisional berkenaan negara mereka.
Kesimpulannya, program ini telah memberi banyak pendedahan yang berfaedah kepada saya dan rakan-rakan UTM dan program seperti ini perlu diteruskan dalam melahirkan pelajar yang bersifat holistik.