Maklumat Program
Program Festival Konvokesyen Ke-63 ini telah dianjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia sempena Majlis Konvokesyen UTM. Festival Konvokesyen Ke-63 ini telah berlansung selama 7 (tujuh) hari.
Maklumat program adalah seperti berikut ;
Tarikh Program : 1 November 2019 sehingga 7 November 2019
Tempat Program : Dataran UTM Johor Bahru
Penganjur program : Kumpulan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia
Atribut Siswazah
Program Festival Konvokesyen Ke-63 merupakan program terbesar universiti yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada pelajar untuk menjadi penganjur utama dan segala urusan persediaan adalah di bawah pengurusan pelajar. Program ini telah mendedahkan saya kepada pelbagai atribut siswazah seperti Kemahiran Berkomunikasi, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Kepimpinan dan Berpasukan serta banyak lagi.
Selain itu saya telah menerima ilmu dan skil baru dalam perniagaan seperti menyediakan borang tender untuk para peniaga membeli tapak gerai di Dataran UTM. Saya juga telah diberi peluang untuk mengendalikan hari penjualan tender tapak gerai dan ini telah menyumbangkan saya kepada atribut siswazah seperti berdaya usaha dalam memastikan tapak-tapak gerai jualan di Dataran UTM terjual serta kemahiran berkomunikasi dalam berurusan dengan pembeli tender. Program ini juga telah memberi saya kemahiran berfikir dimana pada hari festival ini berlansung pelbagai masalah yang terjadi seperti kanvas gerai peniaga bocor ketika hujan, sambungan elektrikal terputus dimana memerlukan saya berfikir untuk menyelesaikan masalah dengan baik dan lancar. Perkara-perkara seperti ini membuka minda dan mata saya berkenaan sifat-sifat manusia serta penyediaan dalam menceburi bidang perniagaan.
Kedudukan / Peranan dalam Program
Sepanjang program Festival Konvokesyen ke-63 berlansung saya telah berperanan sebagai Ahli Jawatankuasa Unit Gerai. Saya dipertanggungjawabkan dalam menguruskan kerja-kerja berkaitan dokumen penyewaan tapak gerai di Dataran UTM serta menjaga kebajikan peniaga-peniaga yang menyewa di Tapak Dataran UTM.
Laporan Mini
Festival Konvokesyen Ke-63 (FESKO63) ini diadakan bersempena Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kali ke-63 yang akan bermula 1-7 November 2019 di kampus Johor Bahru. Program ini telah melibatkan 89 orang sekretariat yang terlibat dalam pelaksanaan FESKO kali ini adalah daripada latar belakang yang berbeza iaitu pelbagai kaum, fakulti, kelab, persatuan dan peringkat pengajian. FESKO63 UTM telah dirasmikan oleh Dato' Ismail Karim, Ahli Lembaga Pengarah UTM. Turut hadir sama Naib Canselor UTM, YBhg. Prof. Ir. Dr. Datuk Wahid Omar, ahli Jawatankuasa Pengurusan UTM, pegawai kanan Universiti.
Penganjuran aktiviti mega universiti dengan pengendalian sepenuhnya oleh pelajar akan dapat membentuk keperibadian pelajar selain membentuk sifat keusahawanan dan keyakinan diri dalam diri pelajar dimana saya terlibat secara langsung dalam pengendalian gerai-gerai jualan dan pengetahuan ini membantu saya untuk mengenal tentang selok-belok perniagaan serta membuatkan sayatertarik untuk menceburi bidang keusahawanan.
Fesko ini juga bukan sahaja memberi peluang kepada orang luar berniaga malah pelajar sendiri turut mencari pengalaman dalam bidang perniagaan dengan membuka gerai-gerai jualan. Selain itu, apabila saya sendiri yang terlibat dengan pengurusan aktiviti ia menjadikan program ini lebih berimpak dan bermakna kerana saya menjadi lebih peka terhadap minat serta keperluan komuniti pelajar itu sendiri.
Refleksi Kendiri
Berdasarkan program yang dijalankan, saya telah memperolehi pelbagai pengalaman serta nilai tambah dalam diri saya. Pengalaman yang saya perolehi meninggalkan kesan dalam diri saya. Sebagai seorang yang mempunyai personaliti pendiam (introvert) saya merasakan ini merupakan cabaran dan kejayaan dalam diri saya. Saya telah memperolehi kemahiran berkomunikasi dalam kelompok sosial yang luas dimana memerlukan saya bekerja dengan 88 sekreteriat yang lain serta saya telah diberi pendedahan untuk menjadi pengurus jualan tender penyewaan tapak gerai jualan memerlukan berinteraksi dengan para peniaga secara berdepan.
Program seperti ini membuka mata saya kepada pelbagai aspek seperti emosi dan sifat-sifat manusia. Dimana saya dapat melihat perbezaan emosi dan kemahiran berfikir manusia apabila bekerja dalam waktu-waktu genting seperti bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba memerlukan saya dan kumpulan unit gerai serta unit teknikal untuk berbincang dalam mengatasi masalah dan tekanan psikologi dari para peniaga yang menyewa tapak.
Saya juga mendapat pendedahan secara global melalui program ini dimana terdapat satu segmen "Global Village" yang melibatkan pelajarpelajar antarabangsa untuk mengenalkan dengan pelajar tempatan berkenaan etnik, budaya, pakaian tradisional berkenaan negara mereka.
Kesimpulannya, program ini telah memberi banyak pendedahan yang berfaedah kepada saya dan rakan-rakan UTM dan program seperti ini perlu diteruskan dalam melahirkan pelajar yang bersifat holistik.
Gambar
Gambar 1 menunjukkan poster program :
Gambar ke-2 menunjukkan saya dan para sekretriat FESKO 63 setelah selesai taklimat keselamatan dan bantuan kecemasan sebelum Festival berlansung :
Gambar ke-3, saya bersama rakan-rakan unit gerai:
Gambar ke-4, saya berada di tapak Dataran UTM setelah selesai pemasangan tapak jualan :
Gambar ke-5 menunjukkan Sijil Penghargaan yang telah diberikan sebagai Unit Gerai dan Jualan: