Festival Konvokesyen Ke-63 (FESKO63) ini diadakan bersempena Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kali ke-63 yang akan bermula 1-7 November 2019 di kampus Johor Bahru. Program ini telah melibatkan 89 orang sekretariat yang terlibat dalam pelaksanaan FESKO kali ini adalah daripada latar belakang yang berbeza iaitu pelbagai kaum, fakulti, kelab, persatuan dan peringkat pengajian. FESKO63 UTM telah dirasmikan oleh Dato' Ismail Karim, Ahli Lembaga Pengarah UTM. Turut hadir sama Naib Canselor UTM, YBhg. Prof. Ir. Dr. Datuk Wahid Omar, ahli Jawatankuasa Pengurusan UTM, pegawai kanan Universiti.
Penganjuran aktiviti mega universiti dengan pengendalian sepenuhnya oleh pelajar akan dapat membentuk keperibadian pelajar selain membentuk sifat keusahawanan dan keyakinan diri dalam diri pelajar dimana saya terlibat secara langsung dalam pengendalian gerai-gerai jualan dan pengetahuan ini membantu saya untuk mengenal tentang selok-belok perniagaan serta membuatkan sayatertarik untuk menceburi bidang keusahawanan.
Fesko ini juga bukan sahaja memberi peluang kepada orang luar berniaga malah pelajar sendiri turut mencari pengalaman dalam bidang perniagaan dengan membuka gerai-gerai jualan. Selain itu, apabila saya sendiri yang terlibat dengan pengurusan aktiviti ia menjadikan program ini lebih berimpak dan bermakna kerana saya menjadi lebih peka terhadap minat serta keperluan komuniti pelajar itu sendiri.