Program Festival Konvokesyen Ke-63 merupakan program terbesar universiti yang memberikan sepenuh kepercayaan kepada pelajar untuk menjadi penganjur utama dan segala urusan persediaan adalah di bawah pengurusan pelajar. Program ini telah mendedahkan saya kepada pelbagai atribut siswazah seperti Kemahiran Berkomunikasi, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Kepimpinan dan Berpasukan serta banyak lagi.
Selain itu saya telah menerima ilmu dan skil baru dalam perniagaan seperti menyediakan borang tender untuk para peniaga membeli tapak gerai di Dataran UTM. Saya juga telah diberi peluang untuk mengendalikan hari penjualan tender tapak gerai dan ini telah menyumbangkan saya kepada atribut siswazah seperti berdaya usaha dalam memastikan tapak-tapak gerai jualan di Dataran UTM terjual serta kemahiran berkomunikasi dalam berurusan dengan pembeli tender. Program ini juga telah memberi saya kemahiran berfikir dimana pada hari festival ini berlansung pelbagai masalah yang terjadi seperti kanvas gerai peniaga bocor ketika hujan, sambungan elektrikal terputus dimana memerlukan saya berfikir untuk menyelesaikan masalah dengan baik dan lancar. Perkara-perkara seperti ini membuka minda dan mata saya berkenaan sifat-sifat manusia serta penyediaan dalam menceburi bidang perniagaan.