Bab ini membincangkan etika dan peradaban dalam kepelbagaian tamadun islam dan melayu.Etika Islam dikaitkan dengan istilah ‘akhlaq’ atau jamak daripada khuluq di dalam bahasa Arab.Etika Islam adalah tingkah laku semulajadi atau kebiasaan individu yang dipancarkan hasil daripada keadaan jiwa seseorang individu tersebut serta tanpa pertimbangan pemikiran terlebih dahulu. Sumber etika islam adalah dari Al-Quran dan Al-Sunnah. Nilai-nilai etika islam adalah amanah,tolong menolong,pemurah dan sabar. Orang yang amanah merupakan orang yang bertanggungjawab dan dipercayai oleh orang lain dalam melakukan sesuatu perkara.Setiap manusia haruslah menjalankan amanah mereka terhadap masyarakat dari sudut perkhidmatan, saling tolong-menolong, bekerjasama, bercakap benar, bersikap ihsan, serta mengeluarkan zakat dan bersedekah. Orang Islam diwajibkan mengamalkan tolong-menolong sesama keluarga, jiran sesama Islam dan jiran bukan Islam. Dalam nilai pemurah, kita patulah mengamalkan amalan membelanjakan harta mereka dengan ketulusan hati tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran atau pujian. Nilai sabar merupakan nilai ketahanan diri daripada melakukan perkara-perkara jelik yang didorong oleh nafsu kepada perkara-perkara yang disukai. Etika dalam tamadun melayu dikaitkan dengan adat. Adat berperanan sebagai panduan kepada masyarakat Melayu untuk mengatur perilaku mereka dan digunakan untuk menjamin dan memelihara keamanan, keharmonian serta kesejahteraan sosial. Selain itu, etika dalam alam Melayu juga dikaitkan dengan istilah adab iaitu tindakan atau perbuatan yang dipraktikkan secara wajar, tepat dan sesuai hasil daripada jasad, hati serta akal manusia yang terdisiplin .
Kepercayaan masyarakat Melayu adalah Animisme, Hindu-Buddha dan Islam. Masyarakat Melayu sebenarnya lebih kuat dipengaruhi oleh agama Islam.Kedatangan Islam telah mencetuskan revolusi dalam mengubah pandangan masyarakat Melayu tentang keyakinan mereka terhadap kewujudan roh-roh, semangat serta dewa-dewa. Selain itu, kedatangan Islam juga mengubah stratifikasi sosial masyarakat Melayu iaitu daripada mempercayai bahawa raja itu adalah jelmaan dewa-dewa kepada khalifah (wakil Tuhan) di bumi. Nilai-nilai etika peradaban Melayu adalah halus budi pekerti dan bahasa, memuliakan ibu bapa dan orang tua, kesetiaan kepada pemimpin, mempertahankan serta membela keadilan dan kebenaran, mementingkan maruah mementingkan harga diri, bermuafakat, tolong menolong dan amanah.