Bab 2

         Bab ini membincangkan tentang teori etika klasik, teori etika moden, dan kegunaan teori dalam kehidupan kita.  

         Teori klasik  dikenali sebagai teori kebaikan kerana Aristotle menganggap bahawa etika dan politik adalah saling berkaitan di mana etika adalah mengenai kebaikan individu sementara politik pula lebih kepada penumpuan hal-hal kebaikan dan kecekapan pentadbiran sesebuah negara. Pembangunan  kecemerlangan (kebaikan) merupakan satu cara untuk mewujudkan kelakuan yang beretika. Perspektif falsafah etika Aristotle adalah  kebaikan moral, empat kebaikan utama(kebijaksanaan, kawalan kendiri keberanian, keadilan), keadilan dan  kemuncak kebaikan. Selain itu, Aristotle juga memperkenalkan konsep “eudaimonia” iaitu pencapaian terbaik sebagai manusia dalam pelbagai aspek seperti kebaikan, kebahagiaan, beretika dan kehidupan yang bermakna kepada diri sendiri, masyarakat, makhluk ciptaan Tuhan yang lain dan alam semesta.

         Dalam sejarah terdapat dua teori utama iaitu teori teleologi dan Teori Deontologi. Teori teleologi merupakan teori klasik manakala teori deontologi adalah teori modern berdasarkan pemahaman saya. Terdapat dua aliran dalam teori teleologi iaitu aliran Egoisme dan Utilitarianisme. Pendirian aliran egoisme in mengenepikan kepentingan kesan kepada pihak lain tetapi terlalu menumpukan kepada kesan terhadap dirinya sendiri. Aliran Utilitarianisme pula berpegang kepada prinsip yang mengatakan bahawa seseorang individu itu harus melakukan sesuatu tindakan yang boleh memberikan kebahagiaan atau kesan yang baik kepada orang ramai dan tidak terhad kepada diri sendiri. 

          Teori Deontologi pula, ia berkaitan dengan tugas atau kewajipan. Ia menekan  lebih kepada tanggungjawab atau kewajipan yang harus dilakukan oleh seseorang individu dan tidak menekankan kepada kesan sesuatu perbuatan.Kelemahan teori ini adalah tidak menyediakan satu sempadan yang jelas pelaksanaan prinsip kebaikan sejagat oleh itu penentuan sesuatu tindakan adalah bermoral atau tidak adalah tidak jelas. Selain teori deontologi dalam etika moden, terdapat juga teori keadilan oleh John Rawls  dan teori hak asasi oleh Locke. Teori Keadilan menerangkan konsep sistem keadilan sosial di mana beliau mentakrifkan keadilan itu sebagai kesaksamaan. Teori Hak asasi diwujudkan kerana Locke percaya kepada hak asasi manusia untuk hidup, memiliki kebebasan, dan harta benda.

          Semua teori-teori adalah amat berguna dan kita haruslah memahami, mematuhi dan mengamalkannya. Adalah dikatakan teori-teori etika ini dapat menyelesaikan dilema etika, mengenalpasti tanggungjawab etika dan juga membantu dalam proses membuat sesuatu keputusan. Dalam bab ini, saya telah kenal beberapa teori-teori etika. Asalnya, saya tidak mempunyai kefahaman bahawa teori-teori etika wujud. Saya berpendapat bahawa teori keadilan dan hak asasi amat penting kerana ini akan mencegah kami daripada perbuatan tidak beretika terhadap kita dan mempunyai sesuatu yang dapat membela atau melindungi kami semasa seseorang melakukan kejahatan terhadap kita. Saya lebih setuju dengan teori deontologi kerana saya berasa kewajipan  lebih efektif berbanding berfikir tentang kebaikan yang akan datang kepada orang lain. Hal ini kerana secara paksa atau sukarela mereka akan melakukannya jika mereka wajib melakukannya. Jika fikir tentang kebaikan sesuatu perkara , mereka akan berfikir saya tidak melakukannya pun tidak akan mendatangkan keburukan dan kemungkinan mereka tidak akan melakukannya.