Self Reflection Report 1 - ExCEL /
5) RECONSTRUCTING

Secara kesimpulannya, banyak pengetahuan dan atribut graduan telah saya pelajari. Antara atribut graduan yang saya pelajari ialah Kesarjanaan dan Berdaya Usaha. Saya mendapati dalam bidang pelaburan saya harus bijak dalam mencari dan megurus maklumat yang relecan sahaja, terutamanya dalam internet terdapat banyak makumat yang tidak tepat dan palsu tersebar. Ia sangat penting apabila saya hendak belajar dan menuntut ilmu yang betul dan bermakna kepada saya sahaja. Selain itu, dalam program tersebut, saya juga dapat meningkatkan berdaya usaha saya dengan kebolehan menggunaakan minda keusahawanan dalam membuat sesuatu keputusan pelaburan. Seterusnya, saya juga mendapati bahawa dalam proses belajar pengetahuan pengurusan pelaburan dan kewangan, kita harus sentiasa focus dan tidak mudah putus asa, ia sebenarnya bukan mudah untuk seseorang belajarinya, kerana ia melibatkan terlalu banyak aspek yang kita tidak pernah terbabit.