Majlis Anugerah Gemilang dan Kecemerlangan Akademik (MAGIKA '19)

IMG-20191114-WA0034.jpgMAGIKA '19 merupakan sebuah program tahunan anjuran kelab SMART UTM yang terdiri daripada pelajar kursus Pembangunan Sumber Manusia (HRD) yang bertujuan untuk meraikan pelajar tahun akhir HRD sebelum mereka menjalani latihan industri dan bergraduasi. Majlis ini juga diselingkan dengan penyampaian anugerah cemerlang kepada pelajar daripada Tahun 1 hingga Tahun 4 dan diserikan dengan persembahan daripada para pelajar HRD. 

Tarikh : 14 November 2019

Tempat : Dewan Sri Perdana, Kolej Perdana, UTM

Penganjur : Kelab SMART UTM

Jawatan : AJK Perhiasan

Mini Report

Dalam program ini, saya ditugaskan sebagai ahli jawatankuasa bagi unit dekorasi. Tugas utama unit kami adalah untuk menghias dewan yang dijadikan tapak majlis dengan hiasan yang menarik seperti reben, belon dan sebagainya. Walaupun nampak mudah, tetapi tugas kami sebagai ahli jawatankuasa dekorasi sangat memenatkan disebabkan kami perlu menghias dewan yang agak besar itu dengan hanya menggunakan tenaga 4 orang daripada kumpulan kami sahaja. Walau bagaimanapun, kami tetap menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan gembira kerana tugas yang kami lakukan secara tidak langsung membantu kami mengurangkan tekanan belajar. 

Graduate Attributes

1. Teamworking skills

2. Problem solving skills

3. Communication skills