Dalam program ini, saya ditugaskan sebagai ahli jawatankuasa bagi unit dekorasi. Tugas utama unit kami adalah untuk menghias dewan yang dijadikan tapak majlis dengan hiasan yang menarik seperti reben, belon dan sebagainya. Walaupun nampak mudah, tetapi tugas kami sebagai ahli jawatankuasa dekorasi sangat memenatkan disebabkan kami perlu menghias dewan yang agak besar itu dengan hanya menggunakan tenaga 4 orang daripada kumpulan kami sahaja. Walau bagaimanapun, kami tetap menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan gembira kerana tugas yang kami lakukan secara tidak langsung membantu kami mengurangkan tekanan belajar.