TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

TITAS PROJEK

GOTONG ROYONG DI N27 PERPUSTAKAAN FK UTM

TARIKH: 21 OCT 2018

 

 

Kerja Kursus

Objektif Kajian

  1. Mengeratkan silaturahim dalam kalangan pelajar.
  2. Meningkatkan keceriaan dan kebersihan perpustakaan fakulti komputeran.
  3. Memupuk dan mempraktikan nilai-nilai murni seperti nilai menghargai alam-sekitar dan lain-lain.
  4. Memberi sumbangan kepada sekolah sebagai seorang warga sekolah.
  5. Mewujudkan sikap bekerjasama dan interaksi yang positif dalam kalangan pelajar serta rakan.
  6. Mewujudkan keadaan yang selesa dan kondusif kepada pelajar yang menggunakan infrastruktur perpustakaan.

 

 

Tentatif Program

 

Lokasi: Perpustakaan Fakulti Komputeraan, Universiti Teknologi Malaysia

Tarikh: 21/10/2018 (Ahad)

Masa: 10:40a.m – 12:30p.m

Bilangan ahli-ahli kumpulan yang terlibat : 9 orang Mahasiswa

Masa

Aktiviti

10:40 a.m

Perkumpulan di hadapan perpustakaan.

Pengagihan tugas kepada ahli-ahli kumpulan.

10:45 a.m

Ahli-ahli kumpulan menyediakan alatan yang diperlukan untuk menjalankan gotong-royong.

10:50 a.m

Ahli-ahli kumpulan bermula untuk gotong-royong.

11:45 a.m

Rehat

11:55 a.m

Ahli-ahli kumpulan menyambungkan tugas mereka.

12:25 p.m

Ahli-ahli kumpulan memastikan tugas diri sendiri disiapkan dengan sempurna.

12:30 p.m

Pengambilan gambar bersama dengan perpustakawan.

 

Aktiviti gotong-royong :

  1. Menolong perpustakawan untuk menyusun buku-buku dengan mengikut nama penulis dan tahun yang diterbitkan pada rak-rak buku yang ditentukan.
  2. Mengelapkan lantai perpustakaan yang kotor dan banyak habuk .
  3. Mengelapkan alatan seperti meja, rak-rak buku dan komputer.

 

Tugas yang dibahagikan kepada ahli-ahli kumpulan :

  1. Menyusun buku

: Chan Jun Yao, Chua Hun Ho, Darren Chai Dick Lun, Jasmine Chan Yuan Qi

  1. Mengelapkan lantai

: Chia Yin Jian, Khoo Jie Xuan, Law Xin Ying

  1. Mengelapkan alatan seperti meja, komputer dan rak-rak buku

: Kennard Tan Jun Yuan, Ng Jing Jie

 

 

Kesimpulan

 

         Secara keseluruhan, kami berjaya menyiapkan projek kami yang bertajuk Gotong Royong di Pusat Perpustakaan Sekolah Komputeraan bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas). Program ini telah berjalan dengan sempurna sebagaimana yang dirancangkan oleh kami. Dalam proses menjalankan gotong royong, tidak ada sebarang kecemasan yang berlaku and ahli kumpulan kami menyiapkan tugasan masing-masing dengan berjaya.

         Sebagai murid-murid daripada Sekolah Komputeraan, Fakulti Kejuruteraan, UTM, kami berasa bertanggungjawab dalam menjalankan sesuatu yang bermakna kepada sekolah kami. Dengan mengadakan aktiviti gotong royong di perpustakaan sekolah komputeraan, murid-murid lain dapat mengulang kaji pelajaran, mangadakan mesyuarat atau melayari internet dalam suasana yang bersih selesa dan nyaman.

          Sebelum menjalankan gotong royong, kami menyediakan alatan-alatan yang diperlukan seperti kain, mop dan bakul. Kakitangan perpustakaan memberi arahan kepada kami tentang tugasan yang perlu dijalankan sepanjang aktiviti gotong royong ini dengan tetili. Selepas membahagikan tugasan masing-masing, ahli kumpulan bermula menjalankan tugasan. Aktiviti-aktiviti gotong royong termasuk menyusun buku-buku dengan mengikut nama penulis dan tahun yang diterbitkan pada rak-rak buku yang ditentukan, mengelapkan lantai perpustakaan dan mengelapkan alatan seperti meja, rak-rak buku dan komputer.

           Dengan kerjasama semua ahli kumpulan, ativiti gotong-royong ini dijalankan dengan berjaya. Melalui kerja amal ini, kami telah mempelajari pelbagai nilai yang boleh dipratikkan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, bekerjasama, bertanggungjawab dan sayang menyayangi.

              Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah subjek Titas kami iaitu, Encik Abd. Halim Bin Zulkifli. Beliau telah membimbing kami sepanjang kerja amal ini, tanpa bimbingan beliau, kerja amal ini tidak akan dijalankan dengan sempurna. Selain itu, ribuan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan masing-masing kerana dengan usaha semua, tugasan dalam aktiviti gotong royong ini dijalankan dengan mudah dan lancar.

Image

Details
Details

Other pages?

#HOME# (Return to my profile)

 

You may interest to:

#Other courses

>>> Year 1 Sem 1